Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Satu kebakaran hutan dilapor berlaku di Bukit Chabang, Kangar, Perlis.
Menerusi muat naik tular di media sosial, kebakaran tersebut mengakibatkan asap tebal menyelubungi puncak bukit berkenaan.
Difahamkan, kebakaran bermulas sejak petang Rabu.
Menerusi perkongsian orang awam, kebakaran masih belum dapat dipadamkan setakat jam 9 malam, Khamis.

Setakat ini, punca sebenar kebakaran masih belum dapat dipastikan.
Mendapat gelaran ‘Mini Switzerland’, Bukit Chabang merupakan salah satu tarikan pelancongan di Perlis dengan pemandangan yang memukau.