Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Orang Ramai Kongsi Detik-Detik Cemas Ribut Landa Pulau Pinang
Cuaca buruk yang dialami beberapa negeri pada ketika ini membuatkan beberapa kawasan dilanda banjir.
Orang ramai yang berada di kawasan itu berkongsi detik-detik yang mencemaskan ketika ribut dan angin kencang berlaku disekitar kawasan Pulau Pinang semalam.
Difahamkan, angin kuat itu menyebabkan beberapa pokok tumbang, ombak laut kuat, banjir dan kemusnahan harta benda termasuk kediaman.
Dalam satu klip kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik di platform TikTok, ia memaparkan bumbung anjung sebuah restoran makanan laut yang terletak di Tanjung Bungah musnah akibat dibadai angin kencang.
Turut kelihatan seorang individu yang dipercayai cuba menyelamatkan diri selepas bumbung anjung di hadapan kedai itu dibawa angin.
Menerusi video yang dimuat naik pengguna @update11111 di aplikasi X, ia turut menunjukkan keadaan di sekitar Batu Feringgi di mana beberapa pokok menghempap kenderaan dan kedai makanan dan minuman terkenal Coffee Bean.
Dalam video itu juga menunjukkan beberapa kenderaan terpaksa berhenti sebelum meneruskan perjalanan akibat daripada angin kencang yang berlaku di kawasan itu.
Manakala keadaan lain sekitar pesisir pantai Pulau Pinang turut dilanda teruk angin kencang itu.
Terdahulu, hujan lebat dan angin kencang selama beberapa jam sejak awal pagi di Pulau Pinang telah menyebabkan puluhan pokok tumbang dan kawasan rumah dilanda banjir kilat.
Pokok tumbang dilaporkan berlaku di Paya Terubong, Relau, Bukit Jambul, Pulau Tikus, Bayan Baru, Balik Pulau, Tanjung Bunga, Penaga dan Butterworth.
Kawasan dilanda banjir kilat pula melibatkan Permatang Rawa, Perda, Bayan Lepas dan Nibong Tebal.
Sumber: Video Tular