Organ Dalaman Dah Tak Kuat, Along Eyzendy Kritikal
Keadaan kesihatan pelakon, Along Eyzendy kini dilaporkan semakin kritikal apabila organ dalamannya difahamkan semakin lemah.
Perkhabaran itu dikongsikan rakannya yang juga pelakon, Zalif Sidek menerusi hantaran di Instagram (IG), selepas menerima khabar daripada adik Along.
"Sekarang doktor dah tak bagi lagi untuk emergency respons kalau apa-apa terjadi sebab organ dalaman Along dah tak kuat.
"Sekarang ini doktor minta kita doakan dan reda apa-apa terjadi dekat Along.
"Pasukan perubatan sudah buat yang terbaik" kongsinya.
Dalam masa yang sama, dia turut memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan terhadap Along.
"Mohon semua berdoa untuk sahabat kita Along semoga dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.
"Kepada sahabat dan kenalan yang ingin melawat Along boleh ke Hospital Serdang," maklumnya.
Sebelum ini, pelakon, Along Eyzendy ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang.
Menurut isteri kepada Along iaitu Hamidah Mohd Yatim, keputusan untuk menidurkan suaminya dibuat susulan pendarahan serius dalam perut.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai masalah kesihatan yang dihadapi Along tidak didedahkan