Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Bila ada minat dan kesungguhan, sesiapa sahaja boleh berjaya dalam apa jua yang dilakukan.
Bahkan, mungkin mencipta sesuatu yang baharu yang sebelum ini dianggap sukar.
Sama dengan pelajar-pelajar di Giat MARA, mereka sangat berkemahiran dalam mencipta sesuatu produk atau peralatan yang boleh menjana pendapatan untuk mereka kelak.
Menerusi perkongsian Mohd Amzari di Facebook, beliau memuji kepakaran pelajar Giat MARA di Selama dan Taiping yang mengubahsuai keretanya menjadi seperti baharu.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Hasil kerja 100% Giat MARA. overhaul enjin – Giat MARA Selama bodywork n cat – Giat MARA Taiping
Pajero Io yang dah umur 22 tahun ni terus nampak macam baru keluar kilang Mitsubishi.
Kerja yang berkualiti, harga sangat-sangat berpatutan dan anak anak muda dapat peluang belajar secara hand on.
Sangat puas hati. Terima kasih cikgu cikgu Giat MARA yang berpengalaman serta anak anak murid mereka yang betul- betul nak belajar. Semoga anak anak muda ni nanti berjaya dalam hidup depa nanti.. aminnn


Mohd Amzari juga berharap agar hasil kerja dari pelajar Giat MARA dipromosikan dengan lebih meluas.
Bagi yang ingin mengubahsuai kereta sepertinya atau ingin melihat hasil kerja yang lain, anda boleh ke mana-mana Giat MARA yang terdekat.
Sumber: Mohd Amzari