Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Pak Lah Majukan Kepala Batas
Kredit: Bernama

Pak Lah Majukan Kepala Batas Daripada Pekan Koboi Kepada Bandar – Penduduk

Athirah

Pak Lah Majukan Kepala Batas Daripada Pekan Koboi Kepada Bandar – Penduduk

KEPALA BATAS, 15 April (Bernama) — Penduduk di Parlimen Kepala Batas di sini menyifatkan Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab membawa perubahan di kawasan berkenaan.

Turut bersedih dengan berita pemergian Abdullah, rata-rata penduduk mengenang Abdullah sebagai individu yang bertanggungjawab mengubah pekan koboi Kepala Batas menjadi sebuah bandar yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk institusi pendidikan sepanjang tujuh penggal menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam Datuk Shariful Azhar Othman berkata semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri, Parlimen Kepala Batas berubah dengan pembangunan sehingga menjadi sebuah bandar dengan pelbagai kemudahan.

“Tun Abdullah bukan sahaja guru saya dalam bidang politik, malah turut berperanan dalam memberi tunjuk ajar dan nasihat tentang hal berkaitan Islam,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

Shariful Azhar yang juga Pengerusi Kariah Masjid Al Jamiul Badawi, di sini berkata sebaik mendapat tahu berita pemergian Abdullah yang mesra dipanggil Pak Lah malam tadi, penduduk terutama yang berada di masjid di sekitar Kepala Batas menganjurkan majlis bacaan Yasin.

“Masjid Al Jamiul Badawi merupakan masjid yang sangat sinonim dengan Pak Lah kerana ia masjid dari zaman arwah Tok Wan Pak Lah, iaitu Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulama terkenal seterusnya ayah Pak Lah dan kemudiannya beliau sendiri,” katanya.

Beliau berkata sepanjang Pak Lah menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas selama tujuh penggal terutama ketika menjadi Perdana Menteri, Allahyarham berulang kali memesan agar masjid itu kekal seperti asal.

“Saya boleh yakinkan tidak ada perkara negatif tentang Pak Lah, tutur katanya indah, ibadahnya cantik dan seorang insan yang mulia.

“Insya-Allah kami di masjid akan anjurkan bacaan Yasin dan tahlil buat Allahyarham kerana ini masjid Pak Lah, jadi kita akan terus kenang untuk selama-lamanya,” katanya yang akan ke ibu negara bagi memberi penghormatan terakhir bersama kariah masjid di Makam Pahlawan, Masjid Negara hari ini.

Sementara itu, seorang pesara guru Mohd Saleh Rashid, 72, yang mengenali Allahyarham sejak kecil berkata sukar untuk mencari pemimpin seperti Pak Lah yang bukan sahaja bersifat lemah lembut, tetapi juga mudah mesra dengan orang ramai tanpa mengira pangkat dan darjat.

“Pak Lah memang rapat dengan penduduk Kepala Batas terutama di Permatang Bertam ini, dia bangunkan Kepala Batas untuk rakyat di sini, malah saya sendiri tengok Pak Lah dengan pemimpin politik bukan Islam juga sangat baik.

“Saya memang puji Pak Lah kerana apabila beliau balik ke Parlimen di sini tiada protokol dengan penduduk,” katanya.

Bagi bekas Ketua Bahagian MIC Kepala Batas Datuk SST Muniandy yang juga rakan rapat Allahyarham, beliau mengenang Pak Lah sebagai seorang pemimpin yang tenang, berhemah tinggi dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap keputusan.

“Saya berpeluang menyaksikan sendiri beliau berinteraksi dengan rakyat penuh hormat, sabar dan rendah diri, malah cara beliau mendengar masalah rakyat dan memberi respons yang berfakta serta bersandarkan nilai kemanusiaan memberi gambaran jelas tentang keperibadian beliau yang mulia,” katanya.

Tun Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 7.10 malam tadi.

Dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Abdullah yang merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas dari 1978 hingga 2008, menjadi Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

BACA: Mekanik Dedah Cara Paling Mudah Periksa “Brake Pad” Kereta

Sumber: Bernama