Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Liek Hou semangat berjuang
Gambar: BERNAMA

Paris 2024 Bukan Pengakhiran, Semangat Liek Hou Masih Membara Untuk Berjuang

Iqbal Yasir

Paris 2024 Bukan Pengakhiran, Semangat Liek Hou Masih Membara Untuk Berjuang

PARIS, 2 Sept (Bernama) — Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, enggan memikirkan soal menggantung raket buat ketika ini sebaliknya tekad terus berjuang demi negara selagi kudratnya terdaya.

Liek Hou mengakui pencapaian mempertahankan emas perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) bukanlah satu pengakhiran buat kariernya kerana masih dahagakan kejayaan demi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Walaupun tidak boleh meramalkan peluang beraksi pada Sukan Paralimpik 2028 di Los Angeles (LA28) namun pemain berusia 36 tahun itu berkata mahu memberi tumpuan terlebih dahulu bersaing pada Sukan Para Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.

“Masih ada empat tahun lagi sebelum ke Los Angeles 2028 dan saya pun tidak tahu apa akan terjadi kepada saya ketika itu… yang penting saya akan fokus tahun demi tahun menuju ke Sukan Para Asia 2026 di Jepun.

“Kejayaan menang emas di sini menandakan kondisi saya masih boleh tahan lagi, jadi saya mahu cipta lebih banyak rekod dan sejarah buat sukan badminton para selagi diri masih kuat,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Perlawanan akhir di Porte de La Chapelle Arena menyaksikan Liek Hou menepati ramalan apabila menghadiahkan pingat emas pertama negara di Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan mengatasi wakil Indonesia Suryo Nugroho 21-13, 21-15 dalam masa 42 minit.

Mengulas mengenai permainan tadi, beliau berkata Suryo kadang kala terperangkap dengan tiupan angin dalam venue dan beliau memanfaatkan kesempatan tersebut lebih-lebih lagi menukar corak permainan kepada mod menyerang di penghujung set kedua untuk memastikan emas kekal berada di dalam genggamannya.

Ditanya erti pelukan diberikan kepada Nova Armada sejurus tamat perlawanan, Like Hou berkata bahawa jurulatih dari Indonesia itu banyak berada di sisinya tidak kira sewaktu senang mahupun susah.

“Jurulatih Nova faham karakter saya, dia tahu betapa saya susah dan bergelut dari dahulu sampai sekarang. Saya tidak mahu mengecewakan dia sebab itu kejayaan ini mahu dedikasikan kepadanya juga” katanya.

Dalam pada itu, pemain nombor satu dunia yang sangat gembira dengan pencapaian hari ini, mahu berehat seketika selepas melakukan pengorbanan besar meninggalkan keluarga khususnya isteri tercinta, Dewi Febriana, 31, demi mengejar impian mengekalkan emas di Paris 2024.

Justeru, beliau merancang untuk membawa isterinya balik ke kampung halaman di Medan, Indonesia selain melancong ke luar negara bagi meraikan kejayaan di Paris 2024 dan menghargai sokongan padu insan tercintanya selama ini.

Beliau pada masa sama turut berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan termasuk Menterinya Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) serta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) atas bantuan diberikan sebelum ini.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: “Hati-hati Datang Malaysia…” Warga Asing Akui Ketagih Dengan Malaysia