Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Paru-paru ‘Titanium’, Sherpa Tawan 14 Gunung Tertinggi Dunia Tanpa Guna Alat Bantuan Oksigen
Seorang sherpa terkenal berjaya menawan 14 puncak tertinggi di dunia, tanpa menggunakan sebarang alat bantuan oksigen dalam setiap pendakian.
Mingma G Sherpa menyempurnakan rekod tersebut selepas tiba di puncak Gunung Shishapangma di Tibet, kira-kira 4 petang (waktu tempatan) pada 4 Oktober lepas.
Menurut penganjur, Imagine Nepal Trek & Expedition, Mingma mencipta rekod berkenaan ketika tiba di puncak gunung berketinggian 8,027 meter itu bersama 10 orang pendaki lain.
Semua pendaki menyempurnakan pendakian ke puncak gunung ke-14 tertinggi di dunia itu dengan menggunakan trek yang dikenali sebagai Spanish Route.
Kejayaan itu menyaksikan Mingma G muncul sebagai pendaki pertama dari Nepal yang berjaya menakluk 14 gunung berketinggian 8,000 meter ke atas tanpa menggunakan peralatan oksigen tambahan.
Sherpa tawan 14 puncak gunung tertinggi tanpa guna alat bantuan oksigen
Dalam perjalanannya mencipta rekod berkenaan, Mingma sudah menawan Gunung Annapurna pada 2015 dan diikuti Gunung Gasherbrum-I pada 2016.
Seterusnya pada 2017, Mingma sampai ke tiga puncak gunung iaitu Gunung K2, Makalu dan Nanga Parbat. Misi kemudian diteruskan dengan menyempurnakan pendakian ke puncak Gunung Lhotse dan Gunung Broad pada 2018.
Pada 2019, Mingma menawan Gunung Gasherbrum-II dan Manaslu pada 2021.
Mingma melanjutkan misi tersebut pada 2022 dengan menjejakkan kaki puncak Gunung Dhaulagiri, Kanchenjunga dan Everest (dari kedua-dua arah, utara dan selatan).
Dalam tempoh berkenaan, dia sudahpun beberapa kali menawan puncak Gunung Everest, lima kali ke puncak K2, menawan Annapurna I, Dhaulagiri, Makalu, Kanchenjunga dan Manaslu sebanyak tujuh kali dan pelbagai gunung lain.
Berasal dari Kampung Rolwaling, kejayaan Mingma menawan Shishapangma tanpa alat bantuan oksigen kini meletakkan namanya sebaris dengan beberapa pendaki elit yang lain.
BACA: Ini 5 Ciptaan Kanak-kanak Termasuk Dua Dari Malaysia, Ada Yang Dunia Pakai Hingga Ke Hari Ini
BACA: “Padahal Ada Ja Yang Dekat, Tapi..” Peniaga Kongsi Kenapa Sanggup ‘Drive’ Jauh Ke Bandar Untuk Shopping Kat MYDIN