Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Pasangan Warga Emas Menangis Jumpa Bayi Dalam Kotak
Pasangan warga emas menemui seorang bayi lelaki di dalam sebuah kotak di belakang gerai jualan kuih milik mereka di Kampung Rambai, Pendang awal pagi tadi.
Mahmud Lebai Salleh, 77, dan isterinya, Che Som Saad, 75, telah menemui bayi berkenaan yang diletakkan di atas meja dipercayai sekitar jam 6.45 pagi.
Menurut Che Som, tangisan bayi berkenaan pada awalnya menyangka terdengar bunyi seperti anak kucing.
“Mak cik sangkakan dalam kotak itu ada anak kucing. Namun, sebaik kotak dibuka, mak cik dan pak cik terkejut mendapati ada bayi lelaki sedang menangis.
“Tak tahu nak cakap apa ketika itu, sebab pak cik menangis sebaik melihat bayi itu yang masih berlumuran darah dan bertali pusat,” katanya.
Che Som berkata, mereka berdua baru sahaja memulakan perniagaan menjual kuih di tempat berkenaan seminggu yang lalu. Sebelum ini, mereka hanya menghantar kuih kepada peniaga lain.
Sementara itu, Mahmud berkata, bayi berkenaan disyaki ditinggalkan di tempat tersebut sebelum waktu subuh berikutan ketika itu, jalan berkenaan tidak dilalui sesiapa.
“Rakan pak cik kemudian memaklumkan kejadian itu di Klinik Kesihatan Kampung Rambai sebelum jururawat tiba untuk memeriksa bayi berkenaan,” maklumnya.
Tambah Mahmud, dia menangis apabila melihat bayi berkenaan disebabkan kasihan melihat keadaan bayi yang ditinggalkan dalam kesejukan. Bayi itu turut dipercayai ditinggalkan oleh ibu dan bapanya.
Ketika ditemui pasangan penjual kuih tersebut, bayi berkenaan masih berlumuran darah dengan tali pusat yang belum dipotong.
“Tengok budak tu sedih betul sebab baju pun tak ada. Tak pernah jumpalah macam ni, nampak dalam kotak yang tertutup rapat.
“Ini kali pertama pak cik lihat sendiri bayi yang baru dilahirkan ditinggalkan seorang diri seperti ini,” katanya.
Ujarnya lagi, bayi berkenaan telah dibawa oleh pihak polis ke Hospital Pendang untuk pemeriksaan lanjut.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Zulkhairi Zainol Abidin memaklumkan bayi berkenaan kini berada bawah jagaan Bahagian Pelindung JKM.
“Bahagian Pelindung sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan bayi itu,” jelasnya.
Sumber: Astro Awani