Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Patutlah Kucing Tidur Banyak Gaya, Rupanya Ini Maksud Disebalik 9 Gaya Tidur Kucing Menurut Pakar

Nadhirah
Gambar Hiasan via Metro UK

Kadang-kadang ada gaya tidur kucing yang kelihatan pelik di mata kita, tetapi sebenarnya setiap posisi tidur kucing itu membawa maksud tertentu.

Sekumpulan pakar dari Republic of Cats telah mendedahkan maksud sebenar di sebalik posisi tidur kucing yang berbeza-beza. Menerusi perkongsian Metro UK, pakar menerangkan sebab sebenar posisi tidur kucing anda. Terdapat 9 jenis posisi tidur kucing yang telah didedahkan. Berikut merupakan senarai posisi tidur kucing yang telah didedahkan.

Belly up cat (Perut kucing menghala ke atas)

Kedudukan Belly up cat merupakan posisi di mana kucing tidur dalam keadaan perutnya menghala ke atas dan menunjukkan bulu-bulu perutnya yang gebu itu terdedah. Posisi ini menunjukkan bahawa kucing itu berasa selamat dan gembira dengan persekitaran mereka.

Posisi ini juga menunjukkan bahawa kucing itu percaya kepada tuannya dan berasa selamat untuk berada di sekitar kawasan rumah.

Curled Up Kitty (Menggulung seperti tenggiling)

Apabila kucing berada pada posisi menggulung seperti tenggiling ianya akan membentuk seperti bulan sabit. Ekornya pula akan dililit di sekeliling badan mereka. Manakala bahagian kepala pula menghala ke arah dada mereka. Posisi ini menunjukkan kucing itu ingin melindungi diri mereka daripada sebarang bahaya.

Kedudukan ini akan membuatkan kucing itu sentiasa berada dalam keadaan panas di mana keadaan ini membuatkan kucing itu selesa untuk tidur.

Jika kucing anda tidur dalam kedudukan ini, mereka sebenarnya ingin memastikan yang mereka tidur dalam keadaan tenang.

In A Box (Dalam Kotak)

Kredit: Getty/EyeEm via Metro UK

Kucing-kucing anda kebiasaanya akan memilih lokasi di dalam kotak seperti di dalam kotak kasut, kotak kadbod dan kotak kosong. Malah singki di bilik mandi juga boleh jadi tempat paling pelik untuk mereka tidur khususnya pada waktu siang.

Kucing sangat gemarkan ruangan yang sempit. Hal ini kerana, mereka berasa lebih selamat jika berada di ruang ini berbanding berada di ruangan yang luas dan lebar.

Bukan setakat di kawasan sempit seperti bilik air mahupun kotak yang disukai oleh kucing, malah mereka juga sukakan kawasan di bawah katil, di dalam laci dan juga bakul. Kawasan-kawasan sebegini dapat memberikan kehangatan dan perlindungan kepada mereka.

Eyes Half Shut (Mata Separuh Tertutup)

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa kucing suka tidur dengan matanya separuh tertutup. Hal ini demikian kerana, kucing-kucing ini ingin mengaktifkan sifat pemangsanya supaya mereka boleh bertindak balas dengan serta-merta terhadap apa-apa sahaja yang boleh mengejutkan mereka.

Menurut pakar juga, kucing yang tidur dengan mata hanya separuh tertutup juga bermakna kucing itu dapat menjejaki persekitaran mereka dan berasa lebih selesa.

Loaf of Bread (Tidur Posisi Seperti Sebuku roti)

Posisi tidur kucing yang paling menarik adalah tidur dalam keadaan seperti sebuku roti. Posisi ini juga merupakan antara posisi kucing tidur yang paling biasa dilakukan.

Kedudukan ini ialah apabila seekor kucing tidur dengan kaki dan ekornya terselit di bawahnya, dan ia kelihatan seperti membentuk ‘sebuku roti’. Mereka tidur dalam kedudukan ini kerana ia sangat selesa dan membuatkan mereka berasa hangat.

Kaki kucing anda tidak mempunyai bulu untuk mengawal haba, jadi apabila apabila kakinya sejuk, posisi ini akan dapat memanaskan kaki mereka kerana kaki disimpan di bawah badan dan sekali gus memerangkap haba.

Menurut pakar juga, posisi ini menunjukkan kucing anda gembira dan berasa selamat dengan persekitaran mereka. Apa yang paling penting ialah mereka mempercayai tuannya.

Sleeping On You (Tidur atas badan tuannya)

Kucing juga mempunyai naluri mereka tersendiri. Walaupun kucing sentiasa bersiap-sedia dengan apa-apa yang ingin menyerang mereka, kucing juga amat mempercayai tuannya sendiri sehinggakan mereka sanggup untuk tidur di atas tuannya.

Hal ini demikian kerana, kucing akan merasa lebih selamat jika berada di atas tuannya. Kucing akan berasa bahawa diri mereka terlindung daripada pemangsa-pemangsa lain sekiranya mereka tidur di atas tuannya.

Kata pakar juga, mereka tidur di atas tuannya adalah untuk kemesraan dan inginkan perhatian yang cukup daripada tuannya.

Stretched Out (Menggeliat)

Kucing juga suka tidur dalam keadaan menggeliat di mana kaki mereka akan dibentangkan ke hadapan dan kebelakang seperti Superman. Kedudukan ini menunjukkan mereka tidur dalam keadaan nyenyak dan berasa dalam keadaan selesa dan santai. Posisi ini juga menunjukkan mereka berasa tidak terancam.

Sleeping on their side (Tidur menggiring)

Posisi ini kelihatan sama seperti tidur menghalakan perut ke atas tetapi posisi ini dalam keadaan menggiring dan hanya sebahagian perut yang kelihatan. Pakar mengatakan posisi ini adalah petanda positif bahawa kucing anda berasa selesa di sekeliling anda dan di dalam rumah anda. Kucing yang tidur mengiring selalunya akan tidur dalam keadaan nyenyak dan pada tempoh masa yang agak lama.

Sama seperti manusia, tidur mengiring adalah salah satu posisi yang paling selesa untuk kucing. Kucing yang menggemari kedudukan ini selalunya kucing yang sangat santai.

Paws across face (Tangan menutupi muka)

Pernah tak anda melihat kucing anda menutup muka atau kepala mereka dengan kakinya semasa mereka tidur? Terdapat beberapa sebab mengapa mereka mungkin menyukai posisi ini. Posisi ini menunjukkan mereka ingin menghalang matahari atau cahaya terang di dalam bilik daripada memasuki mati dan juga menghalang hidung mereka daripada haba yang melampau.

Selain itu, menurut pakar mereka juga menutupi matanya kerana tidak ingin diganggu dan mereka ingin bersendirian untuk berehat.

Jika anda ternampak kucing anda sedang tidur dalam posisi ini, adalah lebih baik jika anda tinggalkan dan cuba elakkan daripada membangunkan mereka. Hal ini kerana jika mereka terbangun, kucing ini mungkin akan murung dan mudah marah.

Sumber: Metro UK