Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kolum

Terkini

    PDRM Keluar 76 Saman, Sita Tujuh Motosikal Dalam Operasi Di Subang Jaya

    PDRM
    Kredit: BSPT IPD Subang Jaya

    PDRM Keluar 76 Saman, Sita Tujuh Motosikal Dalam Operasi Di Subang Jaya

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan sebanyak 76 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam operasi motosikal yang dijalankan di Jalan Jurutera, Kampung Seri Aman, di sini semalam.

    Operasi yang bermula kira-kira pukul 5.30 petang itu dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dengan kerjasama Balai Polis Bukit Puchong.

    Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, seramai 85 individu dan 53 motosikal telah diperiksa sepanjang operasi berkenaan.

    Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 76 keping saman PDRM (K) 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

    “Selain itu, tujuh motosikal turut disita untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Wan Azlan berkata, pihaknya memandang serius sebarang bentuk aktiviti samseng jalanan dan lumba haram kerana perbuatan itu bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh mengundang kemalangan serta meragut nyawa.

    “Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti lumba haram atau samseng jalanan diminta menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Subang Jaya di talian 03-78627222,” ujarnya.