Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Pearly Tan M. Thinaah Juara
Gambar: X

Pearly Tan-M. Thinaah Juara Terbuka Thailand 2025

Hannah

Pearly Tan-M. Thinaah Juara Terbuka Thailand 2025

Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah mencipta tersendiri apabila meraih gelaran sulung musim ini dengan merangkul kejuaraan Terbuka Thailand 2025 di sini hari ini.

Pada perlawanan final di Stadium Nimibutr, pasangan No.4 dunia itu menewaskan gandingan Korea Selatan Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo 21-16, 21-17 dalam tempoh 58 minit, sekali gus muncul pasangan wanita pertama Malaysia menjuarai kejohanan itu sejak diperkenalkan pada 1984.

Sebagai juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$37,525 (RM161,191) manakala Na Eun-Yeong Woo meraih AS$18,050 (RM77,542).

Turun sebagai pilihan utama kejohanan, bekas juara Terbuka Perancis itu menampilkan aksi cukup bertenaga meskipun menerima tentangan sengit gandingan No.105 dunia pada set pertama sebelum beregu negara mendominasi set kedua.

Kejayaan bersejarah itu menamatkan kemarau kejuaraan sejak kali terakhir muncul juara di Terbuka Hong Kong pada September tahun epas, selain merangkul kejuaraan Terbuka Switzerland (2021) dan Terbuka Perancis (2022).

BACA: Ronaldo Kekal Dominasi Atlet Terkaya Dunia 2025

Menurut Thinaah, kejayaan itu turut disumbang oleh semangat berpasukan serta bimbingan jurulatih yang banyak membantu mereka kekal fokus sepanjang perlawanan.

“Kami sangat gembira dengan persembahan hari ini, terutama sokongan yang kami berikan antara satu sama lain. Jurulatih kami juga memainkan peranan penting untuk memastikan kami kekal fokus.

“Sokongan itu amat membantu sepanjang perlawanan, khususnya ketika berdepan pasangan Korea yang bermain dengan begitu baik,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, pasangannya Pearly Tan memuji kekuatan lawan, namun mengakui kejayaan merangkul kejuaraan kali ini menjadi suntikan semangat besar buat mereka.

“Kejuaraan ini sangat bermakna kepada kami dan ia benar-benar meningkatkan keyakinan kami untuk menghadapi cabaran seterusnya,”katanya.

Kejayaan itu pasti menjadi pembakar semangat buat Pearly-Thinaah menjelang aksi Kejohanan Masters Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula Selasa ini.

Mereka dijadual memulakan kempen di Axiata Arena menentang pasangan Hong Kong, Fan Ka Yan-Yau Mau Ying pada pusingan pertama.

BACA: Jurulatih Sepak Takraw USA Kongsi Sebab Malaysia Jadi Juara

BACA: Barcelona Rangkul Gelaran Juara La Liga Buat Kali ke-28

Sumber: BERNAMA