Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pekerja Syarikat Bebas "Grab" Bonus Sepuasnya

Pekerja Syarikat Bebas "Grab" Bonus
Kredit: Mothershipsg

Pekerja Syarikat Bebas “Grab” Bonus Sepuasnya

Henan Mining Group, sebuah syarikat pengeluar kren di China baru-baru ini mencuri perhatian apabila mengagihkan puluhan juta dolar wang tunai, bonus kepada pekerjanya sempena majlis gala tahunan syarikat itu, lapor portal Mothershipsg.

Henan Mining Group dilaporkan memberikan bonus berjumlah S$33 juta pada 2026, termasuk lebih S$11 juta yang diagihkan secara tunai semasa majlis gala yang berlangsung pada 13 Februari lalu.

Menurut laporan, media kewangan China, syarikat kren tersebut mencatat keuntungan sebanyak S$49 juta pada 2025, dengan dua pertiga daripadanya dikongsi bersama para pekerja sebagai ganjaran prestasi.

Difahamkan, kira-kira 7,000 pekerja bersama ahli keluarga masing-masing hadir dalam majlis berkenaan.

Kira Duit Bonus Sepuasanya, Boleh Bawa Pulang

Paling dinanti dalam majlis berkenaan, adalah segmen cabutan bertuah wang tunai serta pertandingan mengira wang (boleh bawa balik setakat yang dikira).

Menariknya pekerja diberi peluang mengira wang tunai sebenar dalam tempoh masa tertentu dan dibenarkan membawa pulang sebanyak mana wang yang berjaya mereka kira.

Menerusi klip tular memaparkan pekerja bersaing mengira wang bonus berkenaan sepantasnya untuk dibawa pulang.

Ini bukan kali pertama Henan Mining menjadi tular kerana mengagihkan timbunan wang tunai.

Pada tahun lalu, Henan Mining Group mencatat keuntungan sebanyak 260 juta yuan (S$48.1 juta) pada 2024.

Bagi meraikan pencapaian itu, sebanyak 170 juta yuan (S$31.5 juta) wang tunai disediakan untuk “direbut” semasa mesyuarat agung tahunan pada 25 Januari, dengan wang kertas 100 yuan disusun di atas meja panjang.

Pada 2023, berita bahawa syarikat tersebut mengagihkan 61 juta yuan kepada 40 pekerja berprestasi terbaik turut menjadi tular di media sosial China.