Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengesahkan pelajar perempuan yang cedera dalam insiden tikam di sebuah sekolah di negeri itu kini sedang menerima rawatan di hospital.
Dalam satu kenyataan hari ini, JPN Selangor memaklumkan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.
Menurut kenyataan itu, pihaknya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.
“Tumpuan utama ketika ini adalah memastikan murid yang tercedera menerima rawatan terbaik serta bantuan sewajarnya diberikan kepada keluarga mangsa.
“Pasukan kaunselor dan Guru Bimbingan dan Kaunseling turut digerakkan bagi melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru serta seluruh warga sekolah yang terlibat,” katanya.
Sehubungan itu, JPN Selangor menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan kerana ia boleh mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan.