Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelajar Di Perlis Kongsi Pengalaman Makan Di Thailand, Tak Sangka "Passport" Biru Jadi Tumpuan

passport
Kredit: @frhhniseu via Threads
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pelajar Di Perlis Kongsi Pengalaman Makan Di Thailand, Tak Sangka "Passport" Biru Jadi Tumpuan

Menikmati makanan di luar negara bukanlah sesuatu yang mudah bagi semua orang.

Bagi sesetengah individu, ia memerlukan perancangan rapi serta simpanan kewangan dalam tempoh yang agak lama sebelum dapat merealisasikan perjalanan tersebut.

Namun, situasi ini berbeza bagi mereka yang tinggal di kawasan sempadan negara.

Kedudukan geografi yang strategik membolehkan mereka menyeberang ke negara jiran dengan lebih mudah untuk merasai sendiri pengalaman dan hidangan tempatan di sana.

Pelajar di Perlis nikmati makanan luar negara

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di media sosial yang memaparkan pelajar di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) berkongsi pengalaman mereka menikmati makanan di Danok, Thailand.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh @frhhniseu di Threads, pelajar tersebut berseloroh dengan mengatakan bahawa kehidupan sebagai pelajar di negeri berkenaan cukup indah kerana jaraknya yang dekat dengan sempadan.

Selain itu, dia turut berkongsi beberapa keping gambar makanan menyelerakan yang dinikmati sepanjang berada di sana.

Pelajar tersebut menjelaskan bahawa dia tidak kerap ke Thailand, namun sangat mudah untuknya berkunjung ke sana.

"Tak kerap, tapi untuk minggu ni sahaja, dah dua kali pergi," ujarnya.

Kredit: @frhhniseu via Threads

"Passport" biru cetus persoalan netizen

Namun begitu, perkongsian itu menjadi lebih menarik apabila @frhhniseu turut memaparkan gambar pasport miliknya dan rakan-rakan.

Dalam gambar tersebut, kesemua pasport yang ditunjukkan berwarna merah, namun terdapat satu yang berwarna biru.

Perkara itu menimbulkan tanda tanya kepada netizen, sama ada dokumen berwarna biru tersebut boleh digunakan untuk keluar negara seperti pasport biasa.

Kredit: @frhhniseu via Threads

Difahamkan, dokumen berkenaan sebenarnya merupakan pas sempadan atau ‘border pass’ yang hanya sah digunakan bagi perjalanan ke kawasan tertentu di selatan Thailand.

"Border pass tak boleh guna jauh sangat, cuma boleh sampai ke Songkla sahaja," jelas @frhhniseu.

Seorang pengguna di ruangan komen turut menjelaskan bahawa pas tersebut boleh digunakan untuk ke Dannok, Hatyai dan Songkhla sahaja.

"Boleh pakai dekat Dannok, Hatyai dan Songkla. Cuma orang belah Kedah, Perlis, Kelantan dengan Perak yang boleh dapat," komen seorang netizen.

Kemudahan ini ditawarkan kepada penduduk di negeri-negeri berhampiran sempadan seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan sebahagian Perak.

Kredit: @frhhniseu via Threads

Sumber:Threads