Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelakon Indonesia, Gary Iskak Meninggal Dunia

Sofea
Kredit: Instagram Gary Iskak

Pelakon Indonesia, Gary Iskak Meninggal Dunia

Jakarta Selatan — Pelakon Indonesia, Gary Iskak meninggal dunia pada usia 52 tahun selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan, lapor CNN Indonesia.

Berita duka itu disahkan oleh Ajeng iaitu pengurus kepada isteri pelakon itu, Richa Novisha pada Sabtu.

“Ya, Gary sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurut laporan InsertLive, berita itu pada awalnya dimaklumkan oleh pemuzik, Ade Jigo di media sosial, dengan memaparkan keadaan mayat Gary yang terbaring atas jalan raya di sisi motosikal yang dinaikinya.

Ketua Polis Metro Jakarta Selatan, Pesuruhjaya Kanan Nicolas Ary Lilipaly mendedahkan bahawa pelakon itu terlibat dalam kemalangan pada pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan.

“Menurut saksi iaitu pekerja cuci kereta, mangsa hilang kawalan dan tercampak selepas melanggar sebuah pokok,” katanya.

BACA: Pelakon Terkenal 90-an Indonesia, Ria Irawan Meninggal Dunia

Sementara itu, Ketua Polis Pesanggrahan AKP Seala Syah Alam turut menambah Gary meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.

Gary Iskak merupakan seorang pelakon filem dan sinetron Indonesia yang dilahirkan di Bogor, Jawa Barat pada 10 Julai 1973.

Kerjaya seninya bermula pada tahun 2000 menerusi filem “Star Falling Star”.

Sejak itu, Gary telah membintangi banyak filem dan sinetron termasuk Ada Apa Dengan Cinta (2002), Ungu Violet (2005), Red is Love (2007), Pocong 3 ( Bayu), Nikah Kontrak 3 (2013) dan Mangga Muda (2020).

Sumber: CNN Indonesia (1), (2)