Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelakon Korea Selatan, Lee Sang Bo Meninggal Dunia

Lee Sang Bo
Kredit: Soompi

Pelakon Korea Selatan, Lee Sang Bo dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat.

Berita pemergian mendiang itu disahkan oleh agensinya, Korea Management Group (KMG)

Pelakon itu ditemui meninggal dunia di kediamannya kira-kira jam 12.40 tengah hari waktu Korea Selatan.

“Kami ingin memaklumkan mengenai pemergian pelakon di bawah agensi kami, Lee Sang Bo.

“Kami tidak dapat mendedahkan punca kematian mendiang atas permintaan keluarga, harap semua dapat memahaminya,” kata agensi itu.

Kredit: KMG

Menurut kenyataan itu lagi, upacara penghormatan terakhir diadakan di Bilik 3, Pyeongtaek Central Funeral Home.

Bagaimanapun, upacara itu akan dilakukan secara tertutup, liputan media dan lawatan tidak dibenarkan bagi melindungi privasi keluarga.

Dilahirkan pada tahun 1981, Lee Sang Bo memulakan kerjaya lakonan menerusi drama pada tahun 2006 berjudul “Invisible Man Choi Jang Soo.”

Sejak itu, beliau membintangi pelbagai produksi termasuk “Private Lives,” “Miss Monte-Cristo,” dan “Elegant Empire,” serta beberapa karya lain.

Sumber:Soompi