Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelakon The Godfather, Robert Duvall Meninggal Dunia

Robert Duvall Meninggal Dunia
Kredit: AFP

Pelakon The Godfather, Robert Duvall Meninggal Dunia

Pelakon tersohor Hollywood, Robert Duvall yang dikenali melalui watak ikonik dalam The Godfather dan Apocalypse Now dilaporkan meninggal dunia pada usia 95 tahun pada Ahad.

Menurut AFP, berita dukacita itu disahkan oleh isterinya, Luciana Duvall pada Isnin.

“Semalam kami mengucapkan selamat tinggal kepada suami tercinta, sahabat tersayang, dan salah seorang pelakon terhebat pada zaman kita

“Bob meninggal dunia dengan tenang di rumah,” tulisnya.

Sepanjang kerjaya yang merentasi enam dekad, Duval menonjol melalui peranan utama dan watak pembantu, sebelum akhirnya menceburi bidang pengarahan.

Difahamkan, beliau tetap aktif berlakon sehingga usia 90-an.

“Bagi dunia, beliau seorang pelakon, pengarah, dan pencerita yang memenangi Anugerah Akademi. Bagi saya, beliau adalah segalanya,” kata Luciana Duvall.

Menurut AFP, Duvall meraih Anugerah Akademi pada 1983 bagi lakonannya sebagai penyanyi country dalam filem Tender Mercies.

Watak-watak yang paling diingati Duvall termasuk Tom Hagen dalam dua filem pertama The Godfather, serta Leftenan Kolonel William Kilgore yang terkenal dalam filem epik Perang Vietnam 1979 arahan Francis Ford Coppola, Apocalypse Now.

Pemenang Oscar, Al Pacino, yang pernah berlakon bersama Duvall dalam The Godfather, menyifatkan pengalaman bekerjasama dengan pelakon itu sebagai “satu penghormatan”.

“Beliau dilahirkan sebagai pelakon seperti yang mereka katakan, hubungannya dengannya, pemahamannya dan bakatnya yang luar biasa akan sentiasa diingati. Saya akan merinduinya,” tambahnya lagi.

Sumber:France24