Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelakon Veteran Hong Kong, Benz Hui Meninggal Dunia

Sofea
benz hui meninggal
Kredit: Benz Hui

Pelakon Veteran Hong Kong, Benz Hui Meninggal Dunia

Pelakon veteran Hong Kong, Benz Hui dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Memetik laporan BBC, Benz Hui atau nama sebenarnya Hui Shiu-hung menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Selasa di sebuah hospital di Hong Kong selepas mengalami komplikasi akibat kanser.

Mendiang dikenali sebagai ‘Raja Pelakon Pembantu’ sepanjang lima dekad berkecimpung dalam dunia seni di sana.

Walaupun Hui bukan satu nama yang besar di Asia seperti kebanyakan pelakon Hong Kong yang lain, namun ramai yang serta-merta akan mengenali wajahnya. Mendiang sering muncul dalam rancangan TV dan filem.

Wataknya yang paling terkenal ialah ‘Chung Sir’ iaitu seorang pegawai polis dalam filem Love Undercover pada tahun 2002.

Beliau mendapat nama samaran Benz Hui selepas mula memandu kereta Mercedes Benz untuk ke tempat kerja.

BACA: Pelakon Veteran, Nu’man Mohd Salleh Meninggal Dunia

Kerjaya lakonannya menjangkau zaman kegemilangan hiburan Hong Kong dari 1970-an hingga 1990-an. Ketika itu, rancangan TV terutamanya yang diterbitkan oleh penyiar TVB ditonton oleh berjuta-juta orang di seluruh Asia Tenggara dan Asia Timur.

Pemergian mendiang mengejutkan ramai termasuk peminat dan selebriti terkenal Hong Kong.

Pelakon dan penyanyi, Miriam Yeung Chin-wah berkata dia bersyukur kerana dapat bertemu dengan mendiang ketika awal kerjayanya.

“Saya bertuah dapat bertemu kamu ketika permulaan kerjaya saya,” katanya.

Ada dalam kalangan netizen yang menganggap pemergian Hui sebagai penghujung era.

“Ini adalah hari yang menyedihkan untuk semua orang yang membesar dengan TVB,” kata seorang netien di aplikasi media sosial RedNote.

Sumber: BBC