Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Pelan Kerja Belia ASEAN
Gambar: BERNAMA
Tiada Kategori

Pelan Kerja Belia ASEAN Bertindak Sebagai Kerangka Kerja Strategik Tangani Isu-Isu Substantif – PM Anwar

Hannah

Pelan Kerja Belia ASEAN Bertindak Sebagai Kerangka Kerja Strategik Tangani Isu-Isu Substantif – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) — Pelan Kerja Belia ASEAN akan bertindak sebagai kerangka kerja strategik untuk menangani isu-isu substantif termasuk soal kestabilan politik, ekonomi, kemampanan dan perubahan iklim, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang melihat isu itu sebagai satu cabaran berkata, ia mesti ditangani kerana isu tersebut penting untuk generasi muda.

Dalam perkara ini beliau menggesa belia ASEAN supaya lantang, berprinsip dan sedar akan tuntutan zaman, kerana penglibatan mereka adalah penting dalam membentuk masa depan rantau ini.

“Apa yang penting bagi belia adalah untuk menjadi lebih efektif dalam ekspresi, suara hati nurani dan peka dengan tuntutan zaman,” katanya dalam ucapan perasmian di sesi Perjumpaan Pemimpin ASEAN dengan Perwakilan Belia ASEAN ke-4 di sini hari ini.

Anwar berkata pemimpin ASEAN memuji perwakilan belia pada sesi perjumpaan itu dan mengesahkan komitmen terhadap pemerkasaan belia dan perpaduan serantau.

BACA: Semangat Kepusatan, Persaudaraan Bantu ASEAN Hadapi Cabaran Secara Bersama – PM Anwar

“Saya perlu merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga. Saya juga amat kesal kerana kami meletakkan begitu banyak harapan kepada anda, bukan sahaja untuk mewakili negara anda, tetapi untuk membentuk ikatan ASEAN yang sangat padu dan kukuh ini,” katanya.

Anwar berkata kejayaan ASEAN adalah kerana komitmen pemimpin blok itu dan sehubungan itu generasi muda harus belajar dan bekerjasama rapat dengan pemimpin mereka.

“Amat selesa untuk bekerja dengan mereka, untuk berkomunikasi dengan mereka, untuk belajar daripada mereka dan sudah tentu kerana ini, kita dapat membuat keputusan dengan cepat dan pantas,” katanya

Perjumpaan Pemimpin ASEAN dengan Perwakilan Belia ASEAN ke-4 ini diadakan sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak ASEAN yang sedang berlangsung.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan timbalannya Adam Adli Abdul Halim.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 ini diadakan di bawah Kepengerusian Malaysia 2025 yang bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”, dan ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi pengerusi ASEAN, selepas menerajui blok serantau itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Dua mesyuarat peringkat tinggi yang penting turut berlangsung pada Sidang Kemuncak ini, iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang diadakan buat julung kalinya, menjadi platform strategik untuk memperluas kerjasama serantau dan antara rantau.

BACA: Firma Malaysia, Vietnam & Singapura Meterai Perjanjian Penting Eksport Tenaga Boleh Baharu

Sumber: BERNAMA