Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemain Muzik Ikonik, Winamp Kembali Semula Dengan Sokongan Terhadap Windows 11

Kredit: Reddit & Giz China

Selepas empat tahun sejak pelancaran versi beta untuk Winamp 5.8, akhirnya tibalah masanya untuk fasa pengujiannya berakhir.

Kredit: Giz China

Kini, para pembangun program telah membentangkan Winamp 5.9 RC1 sebagai salah satu versi yang bersesuaian dengan Windows 11. Nampaknya pengguna yang sedang menunggu keluaran pertama bagi versi penuh ini merupakan pengguna legenda yang setia menunggu hampir 9 tahun.

Deskripsi versi baharu bagi pemain muzik ini menyatakan terdapat sokongan terhadap Windows 11. Versi ini juga memiliki keupayaan untuk menyeragamkan aplikasi ini dengan aplikasi Winamps untuk versi Android.

Pembangun program juga telah meletakkan sokongan terhadap VP8 codec, menambah direktori baharu untuk podcast dan menerapkan sokongan terhadap M38 codec. Tambahan pula, pengoptimuman dan pembetulan pepijat akan mengambil alih tempat untuk meningkatkan kestabilan aplikasi tersebut.

Winamp merupakan pemain muzik yang pernah popular dan digunakan secara meluas sekitar era milenium. Pemain muzik ini berasal daripada pembangun perisian Amerika, Nullsoft dan terus digunakan lebih daripada 25 tahun yang lalu sebagai satu perisian kongsi untuk Windows 95. Pemain itu sangat popular dan menjadi alat utama untuk memainkan audio MP3 bagi berjuta-juta orang pengguna di seluruh dunia.

Kredit: WACUP

Selepas 16 tahun zaman kegemilangannya, perisian ini akhirnya berhenti beroperasi pada 2013. Versi 5.666 yang dilancarkan pada 12 Disember 2013 merupakan versi terakhir bagi pemain muzik ini sehingga ke hari ini. P

ada Oktober 2018, Radionomy mengumumkan pelancaran penuh untuk Winamp 6, tetapi ia masih belum berlaku. Perisian kini diselenggara oleh WinAmp Community Update Project (WACUP) yang menyediakan pakej plugin berdasarkan Winamp 5.666 melalui laman web rasminya.

Sumber: Giz China