Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemain Negara Ke-10 Dunia Dipaksa Pulang Semula Jam Rolex Lebih RM4 Juta

Jam Rolex
Kredit: Gambar Stadium Astro

Pemain Negara Ke-10 Dunia Dipaksa Pulang Semula Jam Rolex Lebih RM4 Juta

Para pemain Mexico terpaksa melupakan hasrat untuk menyimpan barangan mewah iaitu seutas jam tangan berjenama Rolex yang dianggarkan bernilai lebih RM4 juta menjelang perlawanan pusingan 16 terakhir menentang England, lapor The Sun.

Difahamkan, jam tangan mewah berkenaan dihadiahkan oleh pempengaruh Youtube dari Amerika Syarikat (AS), Stephen Deleonardis.

Bagaimanapun, Persekutuan Bolasepak Mexico (FMF) mengarahkan semua hadiah tersebut wajib dipulangkan semula bagi mengelakkan sebarang isu tidak diingini berlaku.

Perkara ini disebabkan ada dakwaan potensi pelanggaran peraturan.

Youtuber berkenaan menghadiahkan jam tangan tersebut kerana memenangi pertaruhan sebanyak RM8.9 juta memilih Mexico menewaskan Ecuador dalam perlawanan pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026. 

Sebelum ini, mereka kelihatan bersorak gembira dengan 'bonus' tersebut namun riak wajah berubah kerana harus melepaskan sebuah pemberian mewah dan kembali fokus menentang England di tempat sendiri.