Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pembantu Rumah Di Itali Terbuang Tilam Dipenuhi Barangan Berharga

Pembantu Rumah Di Itali
Kredit: Chat Blackbox AI

Pembantu Rumah Di Itali Terbuang Tilam Dipenuhi Barangan Berharga

ROM, 29 Okt (Bernama-dpa) — Seorang pembantu rumah yang terlalu rajin secara tidak sengaja membuang sebuah tilam lama yang dipenuhi barang kemas dan wang tunai bernilai sekitar €50,000 (US$54,000) di bandar Montebelluna, utara Itali, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik akhbar Tribuna di Treviso pada Isnin.

Wanita itu menganggap tilam usang itu hanya sekadar sampah, lalu membuangnya dari garaj milik seorang wanita tua dan menghantarnya ke tapak pelupusan sampah tanpa menyedari bahawa tilam itu digunakan sebagai tempat simpanan wang tunai, barang kemas, dan kad kredit.

Pemiliknya menyedari kehilangan tilam berkenaan beberapa jam kemudian.

Anak perempuannya segera menghubungi pihak polis, yang bertindak pantas bersama pegawai pengurusan sisa tempatan menuju ke tapak pelupusan.

Tilam itu ditemukan di dalam tong sampah sejam kemudian, dengan harta karun masih berada di dalamnya.

BACA: Jangan Amal Tabiat Ini Lepas Cuci Baju, Nanti PCB Mesin Basuh Boleh Cair

BACA: Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok

Sumber: Bernama