Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pengeluar EV China Beri Saingan Padu Terhadap Tesla Dalam Pasaran – Elon Musk
Elon Musk berpendapat syarikat-syarikat pembuat EV dari China akan menikmati kejayaan yang signifikan di luar pasaran negara Tembok Besar itu.
Oleh itu, beliau membayangkan pembuat-pembuat EV negara itu mungkin akan ‘memusnahkan’ pembuat EV lain jika tidak dikenakan sebarang halangan perdagangan.
Malah, Tesla turut berdepan saingan sengit daripada jenama-jenama EV negara berkenaan, katanya.
“Syarikat-syarikat pengeluar kenderaan dari China merupakan antara syarikat kereta paling kompetitif di dunia.
“Jadi saya fikir, mereka akan menikmati kejayaan yang signifikan di luar China. Ia bergantung kepada jenis tarif atau halangan perniagaan apa yang dikenakan.
“Saya rasa, jika tiada sekatan perdagangan dikenakan, syarikat-syarikat ini mampu ‘memusnahkan’ kebanyakan syarikat EV yang lain,” katanya.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Eropah iaitu salah satu badan eksekutif dalam Kesatuan Eropah (EU) sedang menyiasat insentif pemberian subsidi kepada pembuat EV China.
Siasatan dimulakan sejak tahun lepas, namun masih belum mendapat sebarang kesimpulan.
Namun begitu, EU mungkin akan mengenakan tarif yang tinggi kepada pembuat EV China ketika syarikat-syarikat dari negara itu sedang meneroka pasaran di rantau berkenaan secara agresif.
Terdahulu, BYD dilapor menjual lebih banyak EV berbanding Tesla pada suku keempat 2023.
Syarikat ini difahamkan telah mengembangkan jualan ke pasaran Eropah, Timur Tengah dan Asia Tenggara.
Selain BYD, syarikat pemula seperti Nio dan Xpeng juga dilapor mula melancarkan kereta buatan mereka di Eropah.
Tahun lepas, syarikat-syarikat EV dari China menunjukkan taring masing-masing dalam acara pertunjukan automobil terbesar di Eropah.
Ketika itu, penganalisis berpendapat syarikat-syarikat ini berpotensi memberikan cabaran besar kepada firma-firma automobil yang lebih lama.
Menurut CNBC, ini bukan kali pertama Musk memberi pujian kepada syarikat-syarikat pembuat EV asal China.
Billionaire bersebut pada 2023 telah mengiktiraf syarikat EV dari negara tersebut ‘syarikat paling kompetitif dalam dunia’.
BACA: Ingatkan Tengkolok Sahaja, Ini 7 Pakaian Istiadat Diraja Perlu Diketahui
Sumber: CNBC