Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pemeriksa PBB Tidak Dibenarkan Periksa Tapak Nuklear Yang Dibom - Iran
Iran menegaskan bahawa pemeriksa daripada agensi pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak akan diberikan akses untuk memeriksa tapak nuklear utama negara itu yang rosak akibat serangan ketika perang dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel tahun lalu.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei berkata, pihaknya bukan sahaja tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Malah, ujarnya, tiada sebarang rancangan untuk membenarkan agensi itu memeriksa kemudahan nuklear Iran yang didakwa rosak akibat pencerobohan ketenteraan AS dan Israel.
"Kami tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), malah kami juga tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membenarkan agensi itu memeriksa kemudahan nuklear Iran yang rosak akibat pencerobohan ketenteraan Amerika Syarikat dan rejim Zionis," katanya.
Kenyataan itu sekali gus bercanggah dengan kenyataan Naib Presiden AS, JD Vance, pada Isnin lalu yang mendakwa Iran akan membenarkan pemeriksa nuklear PBB kembali memasuki negara tersebut.
Menurut Vance, langkah itu merupakan satu "pencapaian besar" dalam usaha memantau program nuklear Iran.