Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Pemilik Akaun Hilang Lebih RM2 Juta
Gambar: BERNAMA

Pemilik Akaun Hilang Lebih RM2 Juta, Petugas Bank Disyaki Terlibat Ditemukan Mati

Athirah

Pemilik Akaun Hilang Lebih RM2 Juta, Petugas Bank Disyaki Terlibat Ditemukan Mati

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Dua pelanggan sebuah bank tempatan di Kuala Kangsar, Perak kehilangan wang lebih RM2 juta daripada akaun simpanan tetap milik mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata semakan lanjut oleh pihak bank mendapati seorang petugas mereka telah mengeluarkan duit itu dan memasukkannya ke beberapa akaun simpanan berbeza.

Bagaimanapun beliau berkata petugas yang disyaki terlibat telah ditemukan meninggal dunia pada 5 Julai lepas.

Mengulas lanjut, Ramli berkata pihak bank berkenaan membuat laporan polis pada 9 Julai lalu setelah dua pemilik akaun terlibat mengadu sebahagian duit mereka dikeluarkan selain akaun ditutup.

“Pemilik akaun menyedari kejadian itu ketika hendak membuat pengeluaran wang pada 27 Jun dan menafikan ada melakukan pengeluaran wang daripada akaun berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata meskipun suspek utama telah meninggal dunia, namun polis sedang mengesan beberapa individu bagi membantu siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, Ramli berkata pihaknya menahan 65 individu selepas disyaki terlibat kegiatan ‘calling centre’ bagi penipuan pelaburan pertukaran wang asing (Forex) dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Hang Tuah di sini pada 2 Julai lepas.

Beliau berkata mereka terdiri daripada 25 lelaki dan 26 wanita tempatan, sembilan wanita warga Vietnam, Bangladesh, China dan Thailand serta lima lelaki warga Hong Kong, China dan India berusia antara 20 hingga 50 tahun.

“Polis sedang bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan pelaburan bagi menentukan kesahihan syarikat yang mengendalikan platform pelaburan ini,” katanya.

Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

BACA: Peluang Semak Arah Kiblat, Istiwa A’dzam Berlaku 15 Julai Ini

BACA: Pemain Brazil Cedera Ditembak Polis Guna Peluru Getah, Kaki Berdarah Teruk

Sumber: Bernama