Pemimpin Arab Saudi Kini Perlu 'Mengampu' Kepada Saya - Seloroh Trump
ISTANBUL -- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencetuskan perhatian ramai apabila berseloroh mengenai hubungan dua hala antara negara itu dan Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam ucapan beliau di sebuah forum pelaburan di Miami hari ini, Trump memuji Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan kepimpinan negara itu.
Malah Trump menyifatkan hubungan mereka sebagai rapat sejak lawatan beliau sebelum ini.
“Baru-baru ini, seorang lelaki yang baru kita bincangkan, Raja, bakal Raja Arab Saudi. Saya juga menyayangi Raja Arab Saudi. Seorang lelaki yang hebat.
“Semasa saya di sana, kami sangat rapat. Baginda akan memegang saya untuk bangun.
“Beliau agak uzur ketika itu... dan mereka kata itulah satu-satunya masa pernah memegang sesiapapun. Beliau memegang saya sepanjang masa,” kongsi Trump ketika mengimbau lawatan terdahulu.
Selain itu, Trump dalam nada bergurau turut mendakwa kepimpinan Arab Saudi kini perlu berbaik dengannya susulan perubahan kedudukan AS di peringkat global.
“Tetapi sekarang beliau perlu berbuat baik dengan saya. Kamu beritahunya, beliau lebih baik berbuat baik dengan saya. Beliau memang kena buat begitu,” selorohnya.
Kenyataan Trump itu mencetuskan reaksi negatif di media sosial, ketika menyentuh hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
