Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemuda Malaysia Kongsi Air Jagung, Jadi Rebutan Komuniti Islam Di UK

Pemuda Malaysia Kongsi Air Jagung
Kredit: TikTok @barberbawahtanah

Pemuda Malaysia Kongsi Air Jagung, Jadi Rebutan Komuniti Islam Di UK

Sebut sahaja Malaysia, tidak dinafikan ia merupakan syurga buat pencinta makanan.

Bahkan mana-mana pelancong yang datang ke negara berbilang kaum ini pastinya jatuh cinta tanpa syarat pada makanan Malaysia.

Lebih-lebih lagi, Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan dan minuman yang mencerminkan kepelbagaian, sejarah, tradisi bangsa dan kaum itu sendiri.

Sebagai contoh, nasi lemak, char kuey teow dan roti canai bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk tempatan, malah menjadi “menu wajib cuba” bagi pelancong yang ingin merasai rasa autentik Malaysia.

Jadi, tidak hairan mengapa negara ini dilabel sebagai syurga makanan.

Air Jagung Malaysia Jadi Rebutan Komuniti Islam Di UK

Baru-baru ini tular satu perkongsian video TikTok @barberbawahtanah yang berkongsi air minuman (bancuh) popular Malaysia bersama komuniti Islam di bumi United Kingdom (UK) ketika berbuka di sebuah masjid.

Menerusi video berkenaan memaparkan orang ramai 'menyerbu' air jagung berkenaan. Malah ada yang turut membawa pulang dengan meletakkan di dalam botol air.

“Abang-abang ini dari Malaysia, saya pakcik mereka di sini.

“Orang masjid di sini sangat gembira hari ini disebabkan air ini sangat luar biasa.

“Saya tak tahu dari mana mereka dapat (air jagung). Tetapi saya harap mereka boleh bawanya setiap hari ke sini,” luah seorang komuniti Islam di sana.

Dalam klip berkenaan, pemuda berkenaan turut berkongsi pengalaman membeli bahan-bahan untuk membuat air bancuhan dan cara membuatnya.

Reaksi Netizen

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen dari Malaysia turut terhibur melihat gelagat warga di sana mencuba pertama kali air jagung.

Malah ada yang turut memberikan beberapa cadangan untuk mencuba perisa air lain.

Berikut antara komen warga maya;

“Bang buat air sirap bang..sirap selasih bancuh dalam balang,” komen seorang pengguna.

“Masya Allah..moga terus beri khidmat bakti kepada masyarakat,” komen seorang lagi.

“kena buat banyak lagi tu.... rindunya ramadan dan raya kat UK zaman ngaji dulu..hehhee,” kongsi seorang pengguna.