Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pengarah Filem Terkenal, Yusof Kelana Meninggal Dunia

Edayu
Foto: Amai

Hari ini kita dikejutkan dengan berita seorang pengarah filem Tanah Air yang terkenal dengan filem Tragedi Oktober, Yusof Kelana meninggal dunia hari ini.

Menerusi satu status daripada seorang pelakon di laman Facebooknya Amai Kamarudin memberitahu Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Taman Melawati awal pukul 9.30 pagi tadi.

Al-Fatihah Kami Ucap kan kepada Abang YK.Yusuf Kelana (Tengah) baru sahaja meninggal dunia. Semoga ALLAH ampunkan dosa-dosa beliau dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Beliau merupakan director kedua saya selepas kak Ogy. Pada tahun 2008 ketika saya mula-mula berlakon dalam Siri Akademi Polis 6. Beliau sangat banyak memberi ilmu, pelajaran dan juga peluang kepada saya. Seorang yang tegas tetapi baik hati.Al-Fatihah.

Berikut ucapan takziah daripada kenalan, rakan industri dan Persatuan Seniman Malaysia.

Sumber: Amai Kamarudin