Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pengeluaran KWSP
Gambar via Bernama

Pencarum KWSP Wajar Dapat Khidmat Nasihat Kewangan Sebelum Keluarkan Simpanan

Eyla Azri

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Sebelum membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pencarum perlu mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada mana-mana agensi berkaitan.

Penganalisis ekonomi dari Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata ini penting, bagi memastikan golongan itu membuat keputusan sewajarnya terutama tidak menjejaskan simpanan hari tua mereka.

“Keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 menunjukkan tanda prihatin terhadap isu yang melanda rakyat, terutama melibatkan pencarum KWSP.

“Walaupun ekonomi semakin pulih, ada beberapa kumpulan masyarakat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19, termasuk musibah banjir baru-baru ini.

“Namun, kerajaan perlu memastikan ada ruang dan peluang untuk pencarum mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan kewangan secara berterusan, sebagai contoh melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), bagi memastikan pengeluaran secara optimum dan tidak disalahgunakan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000, bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana melibatkan simpanan hari tua rakyat, pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Bagaimanapun, Ismail Sabri merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak, dan berharap mereka membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

Baca: Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Boleh Dibuat Bermula 1 April Ini

Sementara itu, pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata pencarum juga perlu memikirkan keperluan sebenar, sebelum membuat pengeluaran kerana ia melibatkan kesan jangka panjang kedudukan kewangan mereka selepas bersara.

Beliau berkata di Malaysia, 35 peratus rakyat kurang pengetahuan mengenai pengurusan kewangan, manakala 65 peratus langsung tiada pengetahuan berkaitan aspek berkenaan.

“Ada pencarum yang merasakan pengeluaran (KWSP) adalah hak mereka tanpa memikirkan masa hadapan…mereka fikir jangka pendek sahaja. Kalau boleh, elaklah keluarkan. Cuma realitinya memang ada kumpulan rakyat yang amat memerlukan (pengeluaran KWSP).

“Justeru kerajaan perlu melihat perkara ini dengan lebih terperinci, termasuk menyediakan khidmat nasihat sama ada secara formal atau pun tidak formal, termasuk memberi khidmat kaunseling kepada pencarum, bergantung kepada keperluan mereka,” katanya.

Bagi pekerja swasta Mariam Abdul Rahman, 38, ‘khabar gembira’ itu telah lama dinantikan bagi menjelaskan tunggakan pinjaman perumahan, yang gagal dijelaskan akibat kekangan kewangan.

“Tambah menyukarkan, suami juga kehilangan pekerjaan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), selain nama disenarai hitam,” katanya.

Pengumuman itu turut mendapat reaksi positif orang ramai yang membanjiri ruangan komen Facebook Perdana Menteri, dengan ucapan syukur dan terima kasih.

Pengguna Facebook dengan nama akaun Hasni Abd Ghani, menzahirkan rasa lega dengan kebenaran itu yang sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesusahan dan keperitan hidup mereka yang terkesan.

“Moga langkah ini memberikan nafas baharu bagi mereka yang betul-betul kesempitan untuk menempuhi kehidupan seterusnya,” katanya.

Monica Leong Peik See pula menyatakan “Akhirnya ia dibenarkan! Syukur pada Tuhan.”

Sumber: Bernama