Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pengusaha Makanan Kontrak MARA Wajib Utamakan Bahan Mentah Bumiputera

MAKANAN
Kredit: Bernama

Kesemua pengusaha makanan yang mendapat kontrak daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) diwajibkan mengutamakan pembelian bahan mentah daripada usahawan Bumiputera.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketetapan baharu itu telah dipersetujui oleh Majlis MARA sebagai usaha memperkukuh peluang perniagaan dalam kalangan usahawan Bumiputera.

Katanya, ketetapan berkenaan melibatkan pengusaha dewan makan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Kolej MARA yang mendapat kontrak daripada agensi itu.

“Semua pengusaha dewan makan MRSM, Kolej MARA yang mendapat kontrak MARA, wajib utamakan barang mentah seperti ayam, ikan, kicap, sos dan lain-lain hanya daripada usahawan Bumiputera,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ketetapan berkenaan dilihat dapat membuka lebih banyak peluang kepada usahawan Bumiputera untuk memperluas pasaran serta mengembangkan perniagaan mereka.

Intipati
  • Pengusaha makanan berkontrak MARA wajib mengutamakan bahan mentah daripada usahawan Bumiputera.
  • Ketetapan itu melibatkan pengusaha dewan makan MRSM dan Kolej MARA berkontrak.
  • MARA berkata langkah tersebut bertujuan memperkukuh peluang perniagaan usahawan Bumiputera.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan