Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pensyarah "Sporting", Layan Sekali Aksi Spontan Pelajar Ketika Terima Sijil

sijil
Kredit: @satit.psu.secondary via TikTok

Pensyarah "Sporting", Layan Sekali Aksi Spontan Pelajar Ketika Terima Sijil

Kebiasaannya, majlis penyampaian sijil merupakan sebuah acara rasmi yang dijalankan dalam suasana formal dan tertib.

Para penerima akan naik ke pentas untuk menerima sijil sebelum merakam gambar bersama penyampai sebagai kenangan.

Selain itu, ia juga melambangkan penghargaan terhadap pencapaian dan usaha yang telah dicurahkan.

Namun begitu, terdapat segelintir institusi yang mula memperkenalkan pendekatan berbeza dengan menjadikan majlis sebegini lebih santai dan fleksibel.

Perubahan ini dilihat mampu mewujudkan keadaan yang lebih mesra dan menjadikan pengalaman menerima sijil lebih bermakna dan tidak akan dilupakan.

Macam-macam gaya ada, majlis penyampaian sijil jadi perhatian

Baru-baru ini, satu majlis penyampaian sijil di Prince of Songkla University Demonstration School (Secondary) yang terletak di Pattani, Thailand mula meraih perhatian ramai dalam kalangan warga maya.

Menerusi perkongsian akaun rasmi sekolah @satit.psu.secondary di TikTok, sesi menerima sijil kelihatan sedikit berbeza daripada kebiasaan.

Seperti yang kita sedia maklum, para pelajar biasanya hanya tersenyum, menunduk dan mengucapkan terima kasih ketika menerima sijil.

Namun, berbeza pula dengan pelajar di sekolah tersebut apabila mereka bebas melakukan pelbagai aksi.

Lebih menarik lagi, pensyarah yang menyampaikan sijil tersebut turut bersikap terbuka dan melayani setiap gelagat anak muridnya dengan penuh mesra.

Gelagar pelajar cuit hati warga maya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan berpendapat bahawa majlis tersebut agak unik.

Walaupun ia merupakan acara rasmi yang sepatutnya formal, ramai yang berpendapat bahawa pendekatan santai itu akan memberi pengalaman bermakna kepada penerima sijil.

Tidak kurang juga yang memuji sikap pihak sekolah yang terbuka, sehingga berjaya mencipta momen yang mencuit hati serta mencuri perhatian ramai di media sosial.

Selain itu, warga maya turut terhibur dengan gelagat pelajar yang tampil spontan dan mengenakan gaya yang tidak dijangka.

"Pelajar sekolah ni semua unik-unik," komen seorang warga maya.

"Terhibur lepas tengok video ni, tapi lepas tengok akaun TikTok sekolah ni, satu sekolah lawak," komen seorang lagi warga maya.