Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perak Kutip CPT Berjumlah RM6.41 Juta Tahun Lepas, RM2.51 Juta Setakat Mac - Exco

perak cpt rm6.41 juta
Kredit: Bernama

Perak Kutip CPT Berjumlah RM6.41 Juta Tahun Lepas, RM2.51 Juta Setakat Mac - Exco

IPOH, 20 April (Bernama) -- Perak merekodkan Kutipan Caj Perkhidmatan Tempatan (CPT) berjumlah RM6.41 juta bagi 2025, manakala sebanyak RM2.15 juta jumlah dicatatkan bagi tempoh Januari hingga 31 Mac lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Sandrea Ng Shy Ching berkata 50 peratus daripada kutipan CPT diagihkan dalam bentuk sumbangan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tujuan perbelanjaan pelancongan setempat.

“Ia merangkumi penganjuran program atau acara pelancongan yang berfokus kepada tarikan tempatan, warisan, budaya dan produk komuniti, aktiviti promosi dan pemasaran destinasi pelancongan setempat melalui bahan promosi platform digital atau kempen kesedaran.

“Selain itu, ia bagi penambahbaikan kemudahan awam di kawasan tarikan pelancongan termasuk papan tanda, kemudahan pengunjung, kebersihan dan ketercapaian (accessibility),” katanya pada sesi soal jawab lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Goh See Hua (PH-Pasir Pinji) mengenai jumlah pendaftaran premis telah diterima di bawah Enakmen Hotel Perak 2023 serta jumlah kutipan CPT yang dikutip serta penggunaan agihan CPT.

Sandrea berkata baki 50 peratus kutipan CPT digunakan bagi tujuan pembangunan negeri secara keseluruhan, termasuk meningkatkan kemudahan awam serta menyokong inisiatif strategik yang memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negeri.

Mengenai jumlah pendaftaran premis yang telah diterima di bawah Enakmen Hotel Perak 2023 setakat ini, Sandrea berkata sebanyak 1,340 hotel telah mendaftar di bawah enakmen tersebut.