Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perdana Menteri UK Rancang Wajibkan Pelajar Belajar Matematik Hingga Umur 18 Tahun

Wajibkan Pelajar Belajar Matematik
Gambar: The Guardian & Unsplash

Perdana Menteri UK Rancang Wajibkan Pelajar Belajar Matematik Hingga Umur 18 Tahun

Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak merancang untuk mewajibkan kesemua pelajar bagi mempelajari mata pelajaran matematik sehingga berusia 18 tahun.

BBC News melaporkan, Rishi Sunak mengumumkan perancangan itu dalam ucapan pertamanya pada tahun 2023, yang akan digunakannya untuk menetapkan keutamaannya untuk tahun tersebut.

“Dalam dunia pekerjaan semuanya memerlukan data dan statistik, pekerjaan anak-anak kita akan memerlukan lebih banyak kemahiran analisis berbanding sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata sekiranya membiarkan pelajar daripada tidak menguasai kemahiran tersebut, sudah pasti akan mengecewakan mereka.

Menurut Rishi Sunak, hanya separuh daripada pelajar berumur 16 hingga 19 tahun sahaja yang mempelajari matematik.

Difahamkan bahawa Rishi Sunak mahu revolusi dalam numerasi mencerminkan apa yang dilihat dalam literasi beberapa dekad kebelakangan ini dan melihatnya sebagai sebahagian daripada misi yang membantu masa depan yang lebih baik untuk UK.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Walau bagaimanapun, mempelajari matematik pada peringkat A-level tidak akan diwajibkan untuk semua, lapor BBC News.

Sebaliknya, pihak kerajaan akan melihat pelajar yang mengambil beberapa kursus matematik bersama subjek lain.

Perdana Menteri UK itu dijangka dan dipercayai mula membentang rancangan tersebut di parlimen dan menyelesaikannya selepas pilihan raya umum akan datang.

Penyata Musim Luruh UK mendedahkan tambahan sebanyak 2.3 bilion paun (RM12.1 bilion) dalam dana teras sekolah untuk pelajar yang berumur lima hingga 16 tahun dalam tempoh dua tahun akan datang.

Namun, tiada dana tambahan diberikan kepada pendidikan tinggi di kolej berumur 16 hingga 18 tahun, mahupun kepada kolej tingkatan enam.

Ini ditambah pula dengan ramalan peningkatan penduduk berumur 16 hingga 18 tahun dalam tempoh lapan tahun akan datang.

Menurut Institut Kajian Fiskal, bilangan kanak-kanak berusia 16 hingga 18 tahun dijkatakan meningkat sebanyak 18 peratus antara 2021 dan 2030, bersamaan dengan 200,000 penambahan pelajar.

Dalam pada itu, Persatuan Pemimpin Sekolah dan Kolej berkata terdapat kekurangan tenaga pengajar dalam subjek matematik di negara tersebut.

Setiausaha pendidikan parti Labour, Bridget Philipson menyeru Rishi Sunak untuk menunjukkan usahanya tentang bagaimana penyertaan yang lebih besar dalam matematik akan dibiayai.

Selain itu, jurucakap pendidikan parti Liberal Demokrat, Munira Wilson menyebut matlamat tersebut sebagai ‘pengakuan kegagalan daripada Perdana Menteri bagi pihak kerajaan Konservatif yang telah mengabaikan pendidikan pelajar dengan teruk’.

“Terlalu ramai kanak-kanak yang ketinggalan dalam bidang matematik dan itu berlaku sebelum mereka mencapai umur 16 tahun,” tambahnya.

Rishi Sunak akan berucap pada hari Rabu untuk menetapkan keutamaannya pada tahun 2023 selepas salah satu tahun yang paling mencabar dalam politik.

Sebelum ini, Rishi Sunak telah menjanjikan undang-undang ‘ketat’ untuk mencegah mogok dengan menetapkan tahap perkhidmatan minimum di kereta api dan di Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS).

Sumber: BBC News