Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pergerakan Rentas Daerah & Negeri Untuk Tujuan Kerja Tidak Perlu Surat PDRM – MITI

Gambar: Bernama

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan bahawa pergerakan rentas daerah dan rentas negeri untuk tujuan bekerja tidak memerlukan surat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasminya, orang ramai hanya memerlukan surat MITI dan surat majikan atau pas pekerja (dua item) sahaja untuk merentas daerah dan rentas negeri atas tujuan bekerja.

Tambahnya lagi, surat MITI itu juga tidak perlu mendapatkan cop daripada pihak Polis Diraja Malaysia.

Menurut MITI, rakan sekerja mereka iaitu PDRM dan pihak Majlis Keselamatan Negara juga maklum akan perkara berkenaan.

Sumber: MITI Malaysia