Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perjanjian Gencatan Senjata Gaza Berkuat Kuasa Khamis

Iqbal Yasir
Gencatan Senjata Gaza khamis
Gambar: AFP

Perjanjian Gencatan Senjata Gaza Berkuat Kuasa Khamis

ISTANBUL, 9 Okt (Bernama) — Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa di Semenanjung Gaza pada Khamis selepas usaha pengantaraan yang berterusan dan intensif bagi menamatkan konflik selama dua tahun di wilayah Palestin itu.

“Perjanjian telah dicapai untuk melaksanakan gencatan senjata dan menamatkan konflik di Gaza selepas dua tahun penderitaan, selaras dengan pelan damai yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump,” kata Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dalam satu kenyataan, lapor Anadolu Ajansi.

Penyiar awam Israel, KAN mengesahkan bahawa perjanjian gencatan senjata itu telah berkuat kuasa di wilayah berkenaan.

Bagaimanapun, Channel 12 Israel yang memetik sumber di pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, melaporkan bahawa gencatan senjata itu “hanya akan berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan kerajaan.”

Sumber: Bernama