Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pernah Diisytihar Sesat & Haram Oleh JAINJ, Video Pengikut Si Hulk Kembali Tular

Syed Faisal Sayed Muhammad
ajaran Si Hulk
Kredit YouTube

Pernah Diisytihar Sesat & Haram Oleh JAINJ, Video Pengikut Si Hulk Kembali Tular

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pernah mengeluarkan kenyataan bahawa ajaran SiHulk yang diasaskan oleh Suhaini bin Mohammad adalah meragukan.

Kenyataan yang dibuat pada 21 Mei 2021 itu menyatakan bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan ajaran tersebut adalah sesat dan menyalahi serta bertentangan dengan akidah, syariah dan ajaran Islam.

Ia berkisarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan Suhaini yang mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah Allah SWT dan Tuhan dalam satu video bertajuk ‘Sesat atau benar’ yang dimuat naik pada 2020.

Maklum kenyataan JAINJ lagi, Suhaini juga sering menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan Islam selepas membuat tafsiran hadis yang menyimpang daripada maksudnya yang sebenar.

Pengasas ajaran itu juga pernah mendakwa di dalam video yang dimuat naik di YouTube bahawa Nabi Muhammad SAW ialah Allah dan tidak mempunyai kemaluan.

Oleh yang demikian Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan bahawa fahaman dan ajaran ini sebagaimana yang dinyatakan adalah diharamkan dan dilarang.

Disebabkan menyebarkan ajaran yang salah, negeri Johor telah berpendapat bahawa mana-mana orang Islam adalah ditegah dalam mengikuti atau menyebarkan ajaran ini.

“Mana-mana orang islam sama ada individu atau kumpulan adalah diharamkan berpegang dengan fahaman dan ajaran Suhaini bin Mohammad

“Tidak dibenarkan menganjurkan, belajar, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman ajaran tersebut termasuk sebarang bahan hebahan yang menonjolkan ajaran sesat tersebut,” tulis kenyataan JAINJ.

Tambah JAINJ, fahaman dan ajaran yang dibawa oleh Suhaini hendaklah disekat dengan apa cara sekalipun.

JAINJ sempat berpesan kepada pengikut ajaran untuk bertaubat

Dalam pada itu, mana-mana orang islam hendaklah menjauhi ajaran sesat ini dan mana-mana orang islam yang telah terlibat dengan ajaran sesat ini hendaklah bertaubat.

Baru-baru ini, tular beberapa video yang dipercayai memaparkan pengikut-pengikut ajaran tersebut sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan netizen.

BACA: Ada Mulut Rupanya, Baru Tahu Macam Mana Cara Siput Makan

Dalam pada itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata video tular tersebut dipercayai dimuat naik dan dirakam di luar negara iaitu di New Zealand, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, disebabkan individu yang terlibat dalam video itu berada di luar negara, tindakan penguatkuasaan sukar diambil.

Pun begitu, tindakan boleh dibuat sekiranya mereka pulang ke negeri tersebut.

“Hasil siasatan mendapati video-video itu dimuat naik dari New Zealand, bila di luar negara mereka di luar bidang kuasa Johor, sebab itu tidak boleh ambil tindakan secara perundangan, itu kesulitan yang perlu difahami,” katanya.

Tambahnya lagi, JAINJ bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap ajaran terbabit.

Sumber: Facebook/ Jabatan Agama Islam Negeri Johor