Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Pernah Terima Email Sebegini?” Semak Status ‘Parcel’ Dulu, Jangan Mudah Kongsi Maklumat Perbankan Pada Orang Lain

Gambar: btob.co.nz/CyberCrime

Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police menerusi Facebook menasihati orang ramai agar berwaspada dalam memberikan maklumat akaun perbankan masing-masing.

Menerusi perkongsian foto mengenai emel palsu oleh Pos Malaysia itu, pihak Cyber Crime memohon kepada mereka yang menerima emel sedemikian agar menyemak dahulu status bungkusan. Hal ini agar anda tidak menjadi mangsa ‘phishing‘.

Oleh itu, sekiranya ada yang telah tersebarkan kepada orang yang tidak sepatutnya, pihak Cyber Crime menasihati agar segera memaklumkannya kepada pihak insitusi kewangan.

Selain itu, orang ramai juga digalakkan melengkapi peranti masing-masing dengan aplikasi anti virus dan keselamatan internet.

Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police