Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pertemuan 2 Ikon Malaysia, HABIB & Dato' Sri Siti Nurhaliza

HABIB

Pertemuan 2 Ikon Malaysia, HABIB & Dato' Sri Siti Nurhaliza

HABIB, jenama barangan kemas yang telah menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, dengan bangganya menampilkan Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza bagi menambahkan keanggunan dalam sambutan kempen Rantaian Kasih di Aidilfitri 2026.

Pertemuan HABIB dan ikon negara yang disayangi ramai ini memperlihatkan gabungan tradisi, seni dan keanggunan yang menghasilkan satu cerita yang indah dan penuh makna.

Selama beberapa generasi, HABIB sinonim dengan seni pertukangan halus yang mengabadikan kisah dari satu zaman ke zaman berikutnya melalui kualiti dan rekaan bertaraf dunia.

Figura Dato’ Sri Siti Nurhaliza pula bukan sekadar lambang jiwa Malaysia, tetapi simbol keunggulan seni tempatan yang berjaya menembusi pentas global. Keanggunan, ketekunan dan sifat penyayang yang dibawanya seiring dengan semangat Rantaian Kasih, sebuah kempen yang meraikan hubungan kasih sayang, nilai kekeluargaan dan keindahan warisan yang terus dipelihara.

Cincin Koleksi Sicilia Oro Italia 916

Selari dengan itu, kempen ini turut memperkukuh komitmen HABIB dalam menyokong bakat dan seni tempatan, sekali gus memartabatkan kreativiti serta warisan negara.

Melalui gabungan dua legasi yang kukuh dan nilai kebersamaan yang mendalam, inisiatif ini bukan sahaja meraikan keindahan, malah menjadi simbol penghargaan terhadap komuniti yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan HABIB sejak sekian lama.

Antara koleksi-koleksi yang mencuri perhatian dan kegemaran ramai termasuklah:

Koleksi Sicilia Oro Italia 916

Rekaan Sicilia Oro Italia 916 yang berstruktur dan berani namun tetap feminin mencerminkan aura wanita wanita yang yakin dan anggun seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Dengan kemasan Itali eksklusif serta perincian berlapis yang memantulkan kilauan yang mempesona, koleksi ini menyerlahkan kehadirannya dengan sofistikasi yang memukau.

Kelebaran dan lingkaran emasnya memberi impak visual yang kuat, selari dengan persona seorang biduanita yang sentiasa menjadi tumpuan, namun kekal feminin dan berkelas. Digayakan bersama busana Raya, koleksi Sicilia Oro Italia 916 tampil moden, mewah dan relevan untuk setiap generasi. 

Koleksi Eksklusif Batu Permata Rubellite

Pilihan Rubellite yang digayakan oleh Dato’ Sri Siti menggambarkan sisi elegan dan dramatik beliau. Rantai leher Rubellite 92.36 karat dengan potongan Asscher menyerlahkan kedalaman warna yang kaya dengan simbol kekuatan, dan pesona yang tidak pernah pudar, dipadankan dengan berlian potongan emerald bersijil GIA yang melambangkan status serta kredibiliti, seiring dengan perjalanan seni beliau yang gemilang.

Cincin Rubellite 9.07 karat yang melengkapkan set ini pula mencipta keseimbangan antara kemewahan dan ketelitian, menjadikannya pilihan sempurna untuk majlis istimewa di Aidilfitri.

Koleksi Inspirasi Songket

Selari dengan tema Songket tahun ini, rekaan rantai leher Tanzanit 29.76 karat potongan Cabochon yang digayakan beliau mencerminkan kelembutan serta kehalusan seni tradisi Melayu, manakala batu safir biru 71.92 karat yang mengiringinya memperkukuh aura diraja dan klasik, seakan-akan penghormatan kepada perjalanan seni beliau yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah budaya Malaysia.

Gabungan berlian dan mutiara pula melengkapkan rekaan ini dengan sentuhan abadi, melambangkan kemurnian dan keikhlasan yang sinonim dengan personaliti Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Menjelang Aidilfitri, kehangatan persiapan Syawal semakin dirasai. Seiring dengan momentum ini dan bersempena penampilan Dato' Sri Siti Nurhaliza dalam Kempen Rantaian Kasih, HABIB mendekati pelanggan melalui inisiatif istimewa seperti Bazar Ramadan dan Ambang Raya, sekali gus memberi peluang kepada mereka melengkapkan koleksi barangan kemas untuk digayakan pada hari lebaran. 

HABIB menjemput orang ramai untuk berkunjung ke bilik pameran terdekat bagi mendapatkan koleksi baharu dengan tawaran istimewa, seperti butiran tarikh dibawah

  1. Bazar Ramadan : 27 Februari - 1 Mac 2026 

  2. Ambang Raya : 13 Mac – 15 Mac 2026 

  3. Lokasi : Bilik pameran HABIB seluruh negara

Nikmati pelbagai tawaran menarik seperti: 

• Charm emas 916 dengan harga istimewa RM238 

• Potongan Sehingga RM30 segram untuk barangan kemas emas 916/999* • Potongan Sehingga 60% untuk barang kemas berlian & batu permata terpilih*

Hadiah Istimewa: 

  • HABIB SONGKET FELT BAG Edisi Terhad dengan pembelian barang kemas emas, berlian & batu permata bernilai RM5,000 & ke atas dalam satu resit*

  • Ice Watch Ice Steel – Solar dengan pembelian barangan kemas bernilai RM12,000 dan ke atas* 

  • Ice Watch Ice Steel – Quartz dengan pembelian barangan kemas bernilai RM15,000 dan ke atas* 

*Tertakluk pada terma & syarat. Sementara stok masih ada.

Selain itu, istimewa di HQ, HABIB Ampang Point, waktu operasi dilanjutkan sehingga jam 12 pagi pada hari Sabtu, 28 Februari, bagi memberi ruang kepada pelanggan untuk mencuci mata sambil menjamu selera dengan juadah ringan dan membeli-belah dengan santai.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, layari www.habibjewels.com dan ikuti HABIB di: 

• Instagram & TikTok: @habibjewelsofficial 

• Facebook & LinkedIn: @HABIB