Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Pesakit Tak Boleh…..” Hadap 6 Jenis Cabaran, Doktor Dedah Kenapa Klinik Haiwan Terpaksa Tolak Kes Tertentu

cabaran klinik haiwan
Gambar: Tiktok drima_vet
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Pesakit Tak Boleh Bercakap…” Hadap Banyak Cabaran, Doktor Vet Dedah Kenapa Klinik Haiwan Terpaksa Tolak Kes Tertentu

Mungkin ramai yang selama ini kurang jelas tentang cabaran klinik haiwan atau veterinar dan membuat kesimpulan yang tidak berasas tanpa soal selidik terlebih dahulu.

Klinik veterinar atau klinik haiwan merupakan sebuah tempat khusus untuk haiwan kesayangan kita mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Bagi doktor veterinar, mereka bertanggungjawab dalam merawat kes-kes penyakit yang dialami oleh pelbagai jenis haiwan sama ada yang dibawa oleh penjaga atau tidak.

Bagaimanapun, pelbagai kritikan yang dilontarkan kepada penyelamat nyawa haiwan itu dengan perkhidmatan yang mereka lakukan.

Sebagai seorang manusia, mereka juga mempunyai komitmen lain selain daripada kerjaya mereka seperti tanggungjawab kepada keluarga dan sebagainya.

Pernahkah kita terfikir, apakah cabaran dihadapi doktor manusia dan doktor haiwan ini sama? Betul ke merawat haiwan jauh lagi mencabar dan berisiko?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang dunia perubatan haiwan, mari kita ikuti penjelasan yang dikongsikan oleh @drimatvet sebagai doktor haiwan seperti berikut.

Cabaran Sebagai Doktor Veterinar

“Vet ni nak kaut untung je dengan charge mahal”.

“Tak sayang haiwan tapi nak duit je?”.

“Patutnya klinik haiwan perlulah buat amal kebajikan untuk bantu haiwan, tak perlu charge.”

“Kata sayang haiwan, tapi taknak terima kes emergency sebab dah nak tutup, berkorbanlah sikit sepatutnya”.

“Harga rawatan mahal, kalau kat hospital 24 jam lagi mahal”. Dan macam-macam lagi.

Ini antara komen dan tuduhan yang kami selalu terima di laman sosial secara umum.

Jadi, dengarlah luahan kami pula sebagai insan-insan yang diberi tanggungjawab dalam bidang veterinar ni kerana kami juga hanyalah manusia biasa.

Cabaran kami dalam profession ini:

1. Kos ubat, alatan, premise yang tinggi, tu tak termasuk lagi gaji pekerja dan komitmen lain.

2. Pesakit tak boleh bercakap. Kami perlu cari apa masalahnya. Untuk setiap consultation boleh ambil masa yang lama untuk identify masalahnya seperti diagnostic tests yang perlu dilakukan, yang memakan masa dan kos yang tinggi.

3. Abusive clients (maki, ugut, hina, tengking, defamation dan lain-lain) disebabkan kami tidak dapat memenuhi kehendak clients yang tidak sabar.

4. Depression, anxiety sebab kami mengendalikan benda hidup, berdepan dengan kematian pesakit kami, harapan yang tinggi daripada pelanggan, gangguan mental dan emosi, tak cukup tidur pada kebanyakan waktu.

5. Pesakit yang pelbagai species, pelbagai ragam, unpredictable, dan mendedahkan kepada kita dengan sebarang kemungkinan kecederaan.

6. Berjam-jam kerja lamanya, family kadangkala terabai, makan pun tak sempat, nak rehat pun tak sempat kadang-kadang tu, klinik tutup rehat, dah letak sign rehat pun digegarnya pintu sampai nak roboh and the list goes on.

Antara sebab sesetengah klinik veterinar TERPAKSA menolak kes tertentu:

1. Kelengkapan di klinik yang tidak mencukupi untuk kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera (kami tak nak buang masa anda jika rawatan yang dibuat tidak membantu).

Bila kami nasihatkan ke hospital atau klinik yang beroperasi 24 jam, macam-macam alasan diberi (jauhlah, taktau tempatlah, mahallah).

2. Workload terlampau banyak sampai dah tak larat nak hadap dan di luar kemampuan.

3. Komitmen dan tanggungjawab lain yang menanti selepas waktu kerja (keluarga, anak-anak, kecemasan) dan tolong jangan menilai kami dan mengatakan bahawa kami mementingkan diri sendiri atau tidak bertanggungjawab kerana kami tidak dapat membantu dalam kes pelanggan). Kita juga mempunyai kehidupan kita sendiri!

Suicide rate di kalangan veterinar di luar negara mencatat bilangan tertinggi kerana tekanan dan depresi. Mereka tak boleh tahan lagi! dan kami juga ada kawan doktor haiwan yang hadapi depresi melampau sebab tekanan yang disebut di atas sehingga berhenti kerja, tutup bisnes, dan trauma.

Kalau kata kami ni bukak klinik untuk kaut keuntungan dan nak kaya, you are totally WRONG.

Kalau nak kaya, kami tak buka klinik haiwan dah. Lebih baik involve dalam bisnes lain yang tak memeningkan kepala otak macamni.

Tapi dengan adanya klinik haiwan ni, adanya insan-insan yang sanggup berkorban masa dan tenaga ni sebab passion kepada kerjaya dan sayang kepada haiwan.

Kami memahami, jika pelanggan berasa marah, atau emosi, panik dan bimbang. Ini kerana ia berkaitan dengan orang yang kita sayangi. Saya tak dapat menafikan, perkara itu berlaku. Kadang-kadang perkara yang tidak diingini berlaku di luar kawalan kita.

Seperti yang saya katakan, kami sangat memahami pelanggan kerana kami juga memelihara haiwan peliharaan. Dan kami berharap anda juga akan faham kami dan memberikan sedikit rasa hormat, sekurang-kurangnya hormat kami sebagai manusia. Itu sahaja.

Sebagai seorang muslim (atau pun untuk agama lain) saya sentiasa berpesan kepada diri sendiri, setiap perkara yang berlaku, dah ditentukan oleh-Nya dan pasti ada hikmah di sebaliknya. I know how it feels losing our pets yang kita dah anggap seperti ahli keluarga.

Sumber: Twitter @drimavet