Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pesawat Air India Express Tergelincir Ketika Mendarat, Badan Pesawat Terbelah Dua Dan 17 Dilaporkan Terkorban

Gambar Via Indianexpress.com/BBC

Sebuah pesawat Air India Express dengan 190 orang penumpang di dalamnya telah tergelincir di sebuah lapangan terbang di selatan negeri Kerala dan membunuh sekurang-kurangnya 17 orang, lapor BBC.

Memetik laporan CNA, lebih dari 100 yang lain dilaporkan tercedera manakala 15 daripadanya parah.

Boeing 737 itu dalam perjalanan dari Dubai dan tergelincir di landasan dalam hujan dan terbelah dua setelah mendarat di lapangan terbang Calicut.

Gambar via WJCT News

Pesawat tersebut dilaporkan membawa rakyat India yang terkandas kerana krisis Covid-19.

Menurut Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan, operasi menyelamat di lokasi nahas kini telah selesai dan mangsa yang selamat dibawa ke hospital di Calicut dan Malappuram.

Gambar Via BBC

Memetik laporan BBC, Air India Express mengesahkan bahawa kedua-dua juruterbang adalah antara yang terkorban.

Menurut senarai pesakit yang dilihat oleh AFP, mangsa yang terkorban termasuk bayi 10 bulan dan kanak-kanak berusia 18 bulan.

Sumber: BBC, CNA