Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Pesawat Air India Patah Balik Ke Hong Kong Tidak Lama Selepas Berlepas
Sebuah pesawat Air India yang dalam perjalanan dari Hong Kong ke Delhi terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang asal selepas juruterbang mengesan kemungkinan masalah teknikal sejurus berlepas.
Pesawat jenis Boeing 787-8 Dreamliner dengan nombor penerbangan AI 315 itu berlepas dari Hong Kong pada jam 12.16 tengah hari waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Delhi pada jam 12.20 tengah hari waktu India.
Namun, pesawat tersebut dilaporkan kembali ke Hong Kong tidak lama selepas berlepas atas faktor keselamatan.
Menurut kenyataan rasmi Air India seperti dilapor NDTV, pesawat tersebut mendarat dengan selamat di Hong Kong dan semua penumpang telah selamat keluar dari pesawat.
Pemeriksaan menyeluruh sedang dijalankan ke atas pesawat berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga.
Difahamkan, pesawat itu mengalami kelewatan hampir tiga setengah jam sebelum berlepas kerana jadual asalnya ditetapkan pada jam 8.50 pagi.
“Penerbangan AI315 dari Hong Kong ke Delhi pada 16 Jun 2025 telah berpatah balik ke Hong Kong sejurus selepas berlepas berikutan isu teknikal. Pesawat telah mendarat dengan selamat dan kini sedang diperiksa sebagai langkah berjaga-jaga. Pihak kami sedang mengatur penerbangan alternatif untuk membawa penumpang ke Delhi secepat mungkin.
“Kami juga menyediakan bantuan di darat untuk mengurangkan kesulitan kepada penumpang akibat gangguan yang tidak dijangka ini,” tambah syarikat penerbangan itu, seperti dilapor NDTV.
Insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas tragedi pada 12 Jun lalu, apabila sebuah lagi pesawat Air India jenis sama yang dalam perjalanan dari India ke London terhempas di kompleks kolej perubatan di Ahmedabad kurang seminit selepas berlepas, mengorbankan lebih 270 nyawa termasuk anak kapal dan penumpang.
BACA: Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas
BACA: Nahas Air India: Satu-satunya Mangsa Terselamat Imbas Detik Cemas
BACA: Angka Korban Nahas Pesawat Air India Meningkat Kepada 274 Orang – Media
Sumber: NDTV