Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
pesawat terbalik
Kredit: Errol Webber

Pesawat Delta Air Lines Terbalik Ketika Mendarat Di Toronto, 15 Cedera

Azizah Najib

Pesawat Delta Air Lines Terbalik Ketika Mendarat Di Toronto, 15 Cedera

TORONTO, 18 Feb (Bernama) — Sebuah pesawat Delta Air Lines tergelincir dan terbalik ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson, Toronto, pada Isnin, mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 orang cedera termasuk seorang kanak-kanak.

Menurut laporan United Press International (UPI) yang memetik Perkhidmatan Paramedik Wilayah Peel, tiga mangsa – seorang lelaki berusia 60-an, seorang wanita dalam lingkungan 40-an dan seorang kanak-kanak – berada dalam keadaan kritikal.

Seramai 12 lagi mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di hospital berhampiran.

Dalam satu kenyataan di platform X, pihak lapangan terbang mengesahkan bahawa semua penumpang dan anak kapal telah dikenal pasti.

Insiden berlaku sekitar 3.30 petang waktu tempatan (EST) dalam keadaan bersalji, menurut pihak berkuasa lapangan terbang.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) memaklumkan bahawa kesemua 80 orang di dalam pesawat berjaya dipindahkan dengan selamat, lapor CBS News.

Siasatan berhubung kejadian akan diketuai oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada, dengan kerjasama Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS (NTSB) dan FAA.

https://www.cbc.ca/player/play/video/9.6652095

BACA: Anggota TDM Cedera Ringan Ketika Latihan Penerjunan Bebas

BACA: Ketahui Syarat Kelayakan MySalam 2025

BACA: Ini Sebab Kenapa Hanya Negeri Melaka Yang Cuti Pada 20 Februari

BACA: Rupanya Ini Maksud ‘Nombor’ Dalam Simbol Segi Tiga Pada Barangan Plastik

Sumber: Bernama