Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pesawat Terhempas Di Sekolah: Guru Wanita Terkorban Selamatkan Murid
Saat orang lain berlari menyelamatkan diri, dia pula berlari ke arah api. Itulah detik pengorbanan Maherin Chowdhury, seorang guru bahasa Inggeris berusia 46 tahun.
Beliau sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan pelajarnya ketika sebuah jet pejuang milik Tentera Udara Bangladesh terhempas ke kawasan sekolah pada Isnin lalu.
Difahamkan, Jet F-7 BGI itu dilaporkan mengalami kerosakan teknikal semasa penerbangan latihan rutin.
Juruterbang pesawat tersebut sempat mencuba untuk mengelakkan kawasan berpenduduk sebelum pesawat terjunam ke dalam bangunan sekolah yang sesak dengan pelajar dan guru.
Letupan besar tercetus, memulakan kebakaran dahsyat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 29 nyawa, kebanyakannya kanak-kanak.
Namun dalam keadaan cemas, Maherin tetap berulang kali meredah api marak membakar kelas untuk menarik keluar murid-muridnya, meski ketika pakaiannya sendiri sudah dijilat api.
Itulah kata-kata terakhir Maherin kepada suaminya yang merayu supaya dia pergi menyelamatkan diri.
Pengorbanan luar biasa itu diceritakan oleh adik Maherin, Munaf Mojib Chowdhury, kepada Reuters seperti dilapor Economic Times.
Menurutnya, kakaknya telah mengalami hampir keseluruhan tubuhnya melecur teruk dan menghembuskan nafas terakhir pada hari yang sama. Maherin meninggalkan seorang suami dan dua anak remaja.
“Saya tidak tahu berapa ramai yang dia selamatkan, mungkin lebih 20 orang. Dia menarik mereka keluar dengan tangan sendiri,” kata Munaf, yang mengetahui kisah itu daripada pelajar-pelajar yang sempat diselamatkan dan dirawat di hospital.
“Ketika semua orang lari menyelamatkan diri, dia pula berlari untuk menyelamatkan orang lain. Maherin seorang wanita yang luar biasa,” ujar Khadija Akter, guru besar bahagian rendah sekolah itu.
BACA: Banjir: Bapa Terjun Selamatkan Anak Jatuh Dalam Lubang Besar
BACA: Sepertiga Penduduk Gaza Tidak Makan Beberapa Hari Akibat Sekatan Israel – WFP
BACA: Krisis Kebuluran Di Gaza Semakin Kritikal, Lagi 10 Kematian Dicatat Dalam Tempoh 24 Jam
Sumber: Economic Times