Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

HABIB, jenama barangan kemas terkemuka Malaysia, dengan bangga mempersembahkan Pesta Barangan Permata 2026, sebuah pengalaman menyeluruh yang meraikan keindahan batu permata, seni pertukangan dan koleksi barangan kemas yang direka untuk memberi inspirasi serta meningkatkan penghargaan terhadap keindahan dan kemewahan permata.
Diadakan di HABIB Landmark yang baru dilancarkan di Jalan Bunus, Pesta Barangan Permata HABIB membawa para tetamu menyelami keindahan dunia permata dan barangan kemas dalam suasana yang eksklusif. Ruangan pameran diubah menjadi destinasi mewah berbilang aras yang menawarkan pengalaman interaktif, membolehkan pengunjung meneroka batu permata yang jarang ditemui, menyaksikan seni pertukangan barangan kemas secara dekat, serta memahami perjalanan luar biasa daripada batu permata semula jadi kepada hasil karya perhiasan yang bernilai tinggi.
Menggabungkan elemen pendidikan, penceritaan dan pengalaman mewah, Pesta Barangan Permata HABIB menawarkan peluang unik kepada para tetamu untuk mendekati dunia barang kemas halus menerusi pengalaman interaktif yang dikendalikan oleh pakar industri.
“Ramai yang mengenali berlian, namun tidak ramai yang menyedari kepelbagaian, keunikan dan keindahan luar biasa yang terdapat pada batu permata berwarna. Melalui Pesta Barangan Permata HABIB, kami berharap dapat memperkenalkan para tetamu kepada dunia batu permata yang penuh pesona sambil mengetengahkan kepakaran dan kreativiti yang mengangkat khazanah alam semula jadi ini menjadi koleksi barangan kemas eksklusif yang istimewa,” said kata Dato’ Sri Meer, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB.
PERJALANAN MENYELUSURI DUNIA BATU PERMATA, SENI PERTUKANGAN DAN BARANGAN KEMAS EKSKLUSIF
Pesta Barangan Permata HABIB 2026 menampilkan pengalaman yang menyeluruh, berteraskan tiga tunjang utama iaitu Batu Permata, Berlian dan Barangan Kemas Eksklusif, bagi membawa pengunjung lebih dekat dengan keindahan serta keunikan setiap koleksi.
Sebagai salah satu jenama barangan kemas terkemuka di Malaysia, HABIB menawarkan pelbagai pilihan batu permata berharga yang dipilih dengan teliti berdasarkan keindahan, kelangkaan dan kualitinya yang luar biasa. Selain berlian, koleksi batu permata HABIB meraikan kepelbagaian alam semula jadi menerusi batu permata berwarna yang membolehkan pelanggan mengekspresikan identiti dan personaliti mereka melalui rekaan yang unik serta bermakna.
Perjalanan ini bermula dengan pengenalan kepada dunia batu permata berwarna yang menakjubkan, membolehkan para tetamu memahami karakteristik dan keindahan semula jadi yang menjadikan setiap batu permata begitu istimewa. Melalui sesi penceritaan yang dikendalikan oleh pakar serta paparan interaktif, para pengunjung dapat menghargai dengan lebih mendalam kepelbagaian luar biasa yang terdapat dalam khazanah alam semula jadi ini.
Pengalaman diteruskan di The Gem Bar, yang menampilkan pilihan batu permata istimewa termasuk:

Dikenali dengan cahaya neon biru kehijauan yang memukau, Paraiba Tourmaline merupakan antara batu permata paling jarang ditemui di dunia. Dianggarkan hanya satu ditemui bagi setiap 10,000 berlian yang dilombong, menjadikannya antara batu permata paling bernilai dan diburu oleh para pengumpul. Warnanya yang luar biasa terhasil daripada kandungan kuprum semula jadi, satu ciri yang amat jarang ditemui dalam dunia batu permata.


Ditemui secara eksklusif di Tanzania, Tanzanit dipercayai sekitar 1,000 kali lebih jarang daripada berlian. Batu permata ini terkenal dengan rona biru-ungu yang mempesonakan dan mampu menampilkan perubahan warna yang halus di bawah pencahayaan berbeza. Ditemui pada tahun 1967, Tanzanit merupakan antara batu permata moden yang paling diminati di dunia.

Variasi tourmaline yang terkenal dengan rona merah jambu kemerahan yang kaya dan menawan. Rubellite mengekalkan warna yang terang sama ada di bawah cahaya semula jadi mahupun pencahayaan buatan, menjadikannya amat dihargai kerana ketepuan warna dan keamatan yang luar biasa. Keindahannya kekal menyerlah tanpa mengira keadaan pencahayaan.

Pernah disalah anggap sebagai delima oleh golongan diraja dan pengumpul sepanjang sejarah, Spinel kini diiktiraf kerana kilauan, ketahanan dan kelangkaannya yang luar biasa. Beberapa “delima” terkenal yang menghiasi mahkota diraja dunia kemudiannya dikenal pasti sebagai Spinel, menjadikan batu permata ini mempunyai nilai sejarah yang unik dan menarik.

Dikenali melalui rona jingga terang yang memancarkan kilauan bertenaga, Mandarin Garnet dihargai kerana penampilannya yang unik dan jarang ditemui. Warna sitrus semula jadinya menjadikannya antara varieti garnet yang paling menarik perhatian dan bernilai dalam kalangan penggemar batu permata.

Salah satu batu permata paling berwarna-warni yang dicipta oleh alam semula jadi, Tourmaline hadir dalam pelbagai spektrum warna dan amat versatil dalam rekaan barang kemas kontemporari. Sering digelar sebagai “batu permata pelangi”, ia boleh ditemui dalam rona hijau, biru, merah jambu, merah serta variasi dua warna yang unik.
Selain batu permata yang diketengahkan ini, koleksi HABIB turut merangkumi batu permata berharga lain yang sentiasa menjadi pilihan utama seperti zamrud yang terkenal dengan keindahan hijau semula jadinya, nilam yang melambangkan keanggunan dan ketahanan, serta delima yang sinonim dengan semangat dan kekuatan.
Melalui pameran batu permata secara individu bersama rekaan barangan kemas yang telah siap, para tetamu berpeluang memahami dengan lebih mendalam tentang warna, karakter dan nilai setiap batu permata, di samping melihat bagaimana keindahan semula jadinya mempengaruhi rekaan akhir sesebuah karya barang kemas.
Bagi mereka yang tertarik dengan keajaiban alam semula jadi, Phenomena Room menampilkan fenomena optik batu permata yang jarang ditemui, termasuk sinaran lembut Moonstone, jaluran cahaya bergerak pada Cat’s Eye, pantulan berbentuk bintang pada Star Ruby dan Star Sapphire, serta keunikan Colour Change Sapphire yang berubah warna mengikut pencahayaan.

Diamond Lab memperkenalkan para tetamu kepada asas pemilihan berlian melalui konsep 4C yang diiktiraf di peringkat antarabangsa iaitu Carat, Colour, Clarity dan Cut. Para pengunjung turut berpeluang mempelajari mengenai pensijilan GIA, ketepatan Hearts & Arrows, berlian semula jadi serta faktor-faktor penting yang perlu dipertimbangkan ketika memilih berlian menerusi demonstrasi dan sesi perkongsian yang interaktif.

Melalui Artisan’s Corner, para tetamu dapat melihat secara lebih dekat proses penghasilan barangan kemas, bermula daripada lakaran tangan, ukiran lilin, proses pemasangan batu permata sehingga kepada kerja-kerja kemasan akhir. Pengalaman ini memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai kepakaran dan ketelitian yang diperlukan dalam menghasilkan karya barang kemas halus.
Perjalanan ini diakhiri dengan pameran koleksi barangan kemas berlian dan batu permata HABIB, di mana batu permata yang luar biasa diolah menjadi rekaan elegan yang meraikan warna, keunikan individu dan keindahan yang merentas zaman.
PENDIDIKAN MELALUI PENGALAMAN
Sebagai sebahagian daripada komitmen HABIB terhadap pendidikan pengguna, Pesta barangan PermataHABIB menampilkan pelbagai pengalaman pembelajaran yang dikendalikan oleh pakar industri bagi membantu pelanggan memperoleh pengetahuan dan keyakinan dalam membuat keputusan yang lebih bermaklumat.
Dengan menggabungkan elemen pendidikan dan pengalaman imersif, Pesta barangan Permata HABIB bertujuan memperkukuhkan penghargaan terhadap keindahan serta kelangkaan batu permata. Selama lebih enam dekad, HABIB komited dalam memperkenalkan dunia barang kemas halus, berlian dan batu permata kepada generasi rakyat Malaysia. Pesta Barangan Permata HABIB 2026 meneruskan komitmen ini dengan menyediakan platform yang menggabungkan penemuan, pendidikan dan apresiasi dalam suasana yang mewah serta bermakna.
Untuk maklumat lanjut, layari www.habibjewels.com dan ikuti HABIB di Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial), serta Facebook dan LinkedIn (@HABIB).