Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) tampil menjelaskan berhubung status penganjuran Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
"PETRONAS menghargai keterujaan mengenai perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix yang akan datang di Sepang pada 2 hingga 4 Oktober 2026.
"PETRONAS ingin menjelaskan bahawa walaupun ia memegang hak penamaan bagi Litar Antarabangsa Sepang, litar itu sendiri dimiliki oleh Sepang International Circuit Sdn. Bhd., sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.), dan diuruskan oleh sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
"Memandangkan PETRONAS bukan penganjur acara, ia tidak mengurus, mengawal, atau mempunyai akses kepada peruntukan, jualan, atau pengedaran tiket. Jualan tiket diuruskan sepenuhnya oleh penganjur acara dan saluran sahnya," maklum kenyataan itu.
Semalam, Malaysia sah menjadi hos perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang.
Ia selepas Formula 1 dan FIA mengesahkan menerusi satu kenyataan.