Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pewaris Billionaire Maut Dilibas Kipas Bot Ketika Selamatkan Tunang

Fathin Nadzira
pewaris billionaire

Anak yang juga pewaris kepada seorang billionaire terkenal yang terlibat dalam perniagaan perbankan dilaporkan maut dalam satu kejadian kemalangan, lapor Metro UK.

Juan Carlos Escotet Alviarez, 31, maut selepas dia dikatakan telah terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan tunangnya, Andrea Montero. Tunangnya itu dipercayai terjatuh dari bot sepanjang 60 kaki semasa pertandingan memancing di Florida.

Berdasarkan laporan, pasangan itu merupakan pemancing yang menjadi sebahagian daripada peserta acara itu.

Sejurus selepas terjun ke dalam air, Alviarez terkena kipas dan meninggal dunia akibat kecederaan parah, kata FWC dalam laporan.

Menurut pegawai penyelamat yang terlibat, Montero bagaimanapun terselamat daripada terkena kipas enjin bot.

Namun begitu, terdapat kecederaan pada kepalanya seperti kesan terhantuk, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kecederaan berkenaan berpunca semasa jatuh dari bot atau ketika kru cuba menyelamatkannya.

Menurut laporan Metro UK, Florida Selatan pada ketika itu mengalami angin kencang dan laut bergelora serta menyebabkan misi menyelamat sukar dilakukan.

Lapor akhbar Venenzuela El Nacional, Alvairez merupakan pewaris kepada billionaire terkena, Juan Carlos Escotet Rodriguez.

Ayahnya ialah pengasas kepada kumpulan perbankan, Banesco yang berpangkalan di Caracas dengan nilai bersih aset sebanyak USD 3.5 bilion (RM14.69 bilion).

Menurut laman terkenal Forbes, figura super kaya itu mula membina kekayaannya sejak bekerja sebagai utusan untuk Banco Union ketika berusia 17 tahun.

Sumber : Metro UK

Baca: Ajal Ziarah Pusara Isteri, Warga Emas Maut Terhantuk Pada Batu Nisan

Baca: Aksi Dua Remaja Lelaki ‘Main’ Di Tengah Jalan Raya Undang Kecaman Netizen