Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Piala Dunia: Senarai Pasukan Mara Ke Pusingan 16 & Jadual Perlawanan Waktu Malaysia

Piala Dunia
Kredit: AFP

Piala Dunia: Senarai Pasukan Mara Ke Pusingan 16 & Jadual Perlawanan Waktu Malaysia

Berakhir sudah pusingan 32 atau kalah mati Piala Dunia 2026 dan perlawanan kini menuju ke pusingan 16 terakhir.

Fasa seterusnya akan berlangsung dari 5 hingga 8 Julai ini.

Pasukan mana yang mara ke pusingan 16? Berikut senarainya.

  1. Kanada

  2. Brazil

  3. Paraguay

  4. Maghribi

  5. Norway

  6. Perancis

  7. Mexico

  8. England

  9. Belgium

  10. Amerika Syarikat

  11. Sepanyol

  12. Portugal

  13. Switzerland

  14. Mesir

  15. Argentina

  16. Colombia

Jadual penuh perlawanan pusingan 16 mengikut waktu Malaysia

Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah berkongsi jadual bagi pusingan 16 yang menyaksikan Kanada bakal bertemu dengan Maghribi pada jam 12 pagi Ahad.

Selain itu, Paraguay pula bakal menentang Perancis pada jam 4 pagi hari yang sama.

Kredit: RTM

Pada 6 Julai pula, perlawanan bermula pada jam 3 pagi antara Brazil dan Norway.

Manakala aksi Mexico dan England pula dapat disaksikan pada jam 7 pagi.

Kredit: RTM

Beralih ke 7 Julai, ia menyaksikan perlawanan antara Portugal dan Sepanyol pada 2 pagi.

Kejohanan seterusnya akan tertumpu kepada pasukan Amerika Syarikat dan Belgium pada jam 7 pagi.

Aksi Argentina dan Mesir pula dapat ditonton pada jam 11 malam.

Pada 8 Julai, orang ramai boleh menyaksikan perlawanan antara Switzerland dan Colombia pada jam 3 pagi.

Kredit: RTM
Kredit: RTM

Anda boleh menonton kesemua perlawanan ini di saluran TV Okey, Sukan+ dan RTMKLIK.