Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pilu, Hanya Beberapa Jam Bergelar Isteri, Pengantin Perempuan Meninggal Dunia Pada Malam Hari Menikah

Amira
pengantin meninggal dunia nikah
Kredit: Suara.com

Ajal boleh datang pada bila-bila masa. Kisah pemergian pengantin ketika sebelum atau selepas ijabkabul pastinya meruntun jiwa setiap orang yang mendengarnya.

Menurut Suara.com, sebuah khabar duka telah dikongsikan warga maya di laman Facebook mengenai kisah sepasang pengantin yang hanya sempat beberapa jam menikah sebelum pengantin perempuan meninggal dunia.

Melalui perkongsian, Cantonaa Erick, pasangan yang juga sepupunya itu telah menikah pada pagi hari. Namun, pada malam yang sama, pengantin perempuan itu dilaporkan telah meninggal dunia tanpa mengetahui puncanya.

“Tepat hari ini bahagia kamu. Tepat hari ini kamu menikah, tepat hari ini juga isterimu dipanggil Yang Maha Kuasa. Semoga almarhumah ditempatkan di syurga Allah. Aamiin,” tulis Cantonaa seperti dipetik Suara.com.

Dia turut sempat berkongsi beberapa gambar pernikahan pasangan itu bersama keluarga. Lantaran itu, warga maya menghujani kiriman tersebut dengan ucapan takziah dan doa terhadap pengantin.

“Innalilahi wa innailaihi raji’un. Ajal tak seorang pun yang boleh menjangka. Semoga keluarganya tabah,” tulis @yoanlittlecute_baju_frozen.

“Tuhan menjadi perancang terbaik dalam hidup kita, turut berduka,” tulis @there_widya pada satu kiriman semula di Instagram.

Sumber: Suara.com

BACA: Masih Memerlukan Pertolongan Moratorium? Tak Ramai Faham, Ini Fakta Dan Cara Mohon

BACA: Peniaga Boleh Dapat Hingga RM10,000 Kalau Minta Customer Bayar Guna Cara Ni