Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Berduka, Rakam Takziah Kepada Keluarga Aktivis Gerakan Islam Mesir Youssef Nada

Youssef Nada
Sumber: Anwar Ibrahim via X

PM Anwar Berduka, Rakam Takziah Kepada Keluarga Aktivis Gerakan Islam Mesir Youssef Nada

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga aktivis gerakan Islam Mesir Youssef Nada yang meninggal dunia hari ini.

“Sedih tatkala sahabat keluarga, aktivis gerakan Islam berasal Mesir serta juga pengusaha terkenal Youssef Nada telah kembali menyahut seruan Ilahi.

“Bagi pihak keluarga, kami berduka dan mendoakan agar rohnya diberi keampunan serta dikurnia tempat istimewa di sisi-Nya, insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Nada, 93, merupakan ahli perniagaan dan bapa kewangan Islam serta pengasas Al Taqwa Islamic Bank. Beliau terkenal kerana kejayaan kes perundangan hak asasi manusia di Eropah untuk mempertahankan dirinya daripada tuduhan keganasan oleh Amerika Syarikat.

BACA: Kanak-Kanak Maut, Motosikal Dinaiki Empat Beranak Terlibat Kemalangan

BACA: Bekas Ahli Kumpulan Raihan, Nordin Jaafar Meninggal Dunia

BACA: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Guru Wanita Hilang

Sumber: BERNAMA