Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Kongsi Dapat Hadiah Daripada G-Dragon

Iqbal Yasir
Gambar: Bernama/Anwar Ibrahim

PM Anwar Kongsi Dapat Hadiah Daripada G-Dragon

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian ramai selepas berkongsi menerima hadiah daripada penyanyi Korea Selatan, G-Dragon sewaktu Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Gyeongju baru-baru ini.

Menerusi satu muat naik di akaun Facebook rasmi miliknya, Anwar mendedahkan hadiah yang diberikan oleh penyanyi itu kepada beliau.

“Lupa nak kongsi, tempoh hari saya dan pimpinan APEC dapat hadiah dari G-Dragon,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Gambar: Anwar Ibrahim

Netizen Cemburu PM Dapat Hadiah Daripada G-Dragon

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan respon terhadap hantaran berkenaan.

“Cucu yang mana la akan dapat,” seloroh seorang pengguna.

“Cemburunya…” komen seorang lagi.

“Tak aci… Nak jugak,” komen seorang pengguna.

Sebelum ini, Anwar mencuri tumpuan apabila berkongsi video persembahan penyanyi Korea Selatan, G-Dragon ketika di majlis makan malam Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Gyeongju.

“Ramai peminat K-Pop di Malaysia minta saya kongsikan persembahan G-Dragon malam ini.

“Jadi, saya kongsi sedikit detik persembahan beliau supaya tak menghampakan para peminat,” katanya.

Anwar tiba di Korea Selatan untuk lawatan kerja selama tiga hari sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) APEC.

Ketika di mesyuarat itu, Anwar turut menerima ucapan tahniah daripada pemimpin APEC atas kejayaan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim